Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Tuesday, February 8, 2011

Tembosa Hidangan Istimewa


Tembosa dalam keadaan beku boleh tahan disimpan sampai 3 bulan tanpa rosak. Satu paket mengandungi 10 ketul.  Kalau anda belum mencuba cubalah sekarang, dijamin bersih, halal, bermutu oleh kerana kami mementingkan kualiti dari kuantiti. Intinya kentang dan DAGING kurang lemak. Berbentuk bulat.


Tembosa intinya mengandungi kentang, daging dan perencah lain-lain. Diklim (lipatan keliling pastri) dengan tangan tanpa mengunakan mesin. Ianya dibekukan dengan suhu yang rendah, keras dan tahan disimpan didalam freezer selama kurang-kurangnya 3 bulan. Boleh digoreng terus bila keluar dari freezer mengunakan api yang rendah supaya pastrinya molek garing dan lembut.

Tembosa sesudah digoreng kulit luarnya akan menjadi garing tetapi rapuh.





Inti Tembosa mengandungi daging dan kentang yang digaul dengan perencahnya. Semasa digoreng pastri Tembosa naik gelembong.





Sebelum mengambil gambar Tembosa saya gigit dahulu dan makan










 

2 comments:

  1. Nampak sedap..dan presentation sangat mengiurkan

    ReplyDelete
  2. Iye! Tembosa bukan saja nampak sedap, kalau dimakan Tembosa memang pasti sedap. Rasanya lain dari yang lain....

    ReplyDelete