Semasa saya sedang mengikuti rancangan TV National Geography mengenai Pereka (Inventor) dizaman moden ini saya amat tertarik dengan kata-kata hikmah salah seorang Pereka. Dia berkata "If it is to be it is up to me" mengenai rekaan dia yang bermaksud "Sekiranya sesuatu perlu jadi sayalah yang perlu menjadikanya" Begitulah tabahnya pereka ini, semangat kuat yang tidak mahu mengaku kalah dan dia tahu apa yang perlu dia lakukan untuk berjaya.
Saya tidak hairan mengapa dia berjaya, yang pada mulanya dia tidak mempunyai apa-apa. Apabila ditanya adakah dia seorang jutawan dia berkata "Dari hasil rekaan saya, saya dapat menjelaskan hutang rumah, membeli kereta mewah dan sekiranya perlu saya tidak payah berkerja lagi sepanjang hayat saya" WOW! Jutawan ke tidak? Apa pendapat anda?
Sekiranya anda ada cita-cita untuk membuat sesuatu, anda sendiri mesti menjadi penggeraknya, orang pertama yang memulakanya. Setelah "critical mass" dicapai, usaha anda bertambah besar, berjaya senang saja, tambahkan pula dengan tenaga perkerja yang terlatih dan...."walaaa" You got it made! Kejayaan! Resepinya mudah tetapi payah hendak dilakukan. Tetapi juga ianya tidak mustahil. Fikirkan.
Kuih Muih Melayu
Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.
Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.
KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.
No comments:
Post a Comment