Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Saturday, February 12, 2011

Tart Nenas Buatan Tangan


Satu lagi kuih pastri Melayu yang terkenal yang diolah oleh pembuatnya dengan berbagai-bagai bentuk rupa memang mashyur dikalangan rakyat Malaysia. Kalau dahulunya kuih ini hanya boleh diperolehi semasa Hari Raya, kini kuih pastri ini boleh diperolehi sepanjang tahun. Kuih Tart Nenas kami didatangi dari Johor dibuat secara tradisi. Jam nenasnya diperbuat sendiri tidak dibeli dikedai-kedai pastri. Pastrinya lembut dan akan cair didalam mulut anda dan jam nenasnya agak masam manis sediket, tidak terlalu manis.Kualiti adalah keutamaan kami dan boleh dikatakan semua kuih-muih kami diperbuat secara "home base" dan tidak secara komersial. Oleh kerana ini adalah hidangan terbaru kami harganya akan kami tetapkan kelak.


Dihias dengan mengunakan penyepit setiap acuan pastri ini berbeza.

Tart Nenas yang disusun di dalam botol mengandungi 50 biji tart yang sangat sedap dan besar saiznya, jam yang cukup padat dan banyak.


No comments:

Post a Comment