Seorang hamba Allah telah datang ke rumah membawa Kek Apple Caramel dan menyuruh saya mencubanya. Dia kata "Ini resepi baru" dan mahu pendapat saya tentang rasanya. Kalau makan "free" saya tak menolak jadi saya terus potong dan merasa. Agak bentat sediket, tetapi tidak terlalu manis. Itu yang saya suka. Apple dipotong terlalu nipis dan hanya 2 biji digunakan. Saya rasa kalau guna 3 biji ok cantik dan potongnya biar tebal sediket jadi bila makan terasa apple dan bila dimasukkan dalam oven ianya akan jadi "crispy".
"Kenapa bentat?" saya bertanya. "Oh itulah masa itu oven buat hal terpaksa kena bukak. Sebabkan tu suhu dia drop and kek ni jadi mendap" jawapannya. "Ooh ok" kata saya.
Kuih Muih Melayu
Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.
Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.
KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.
wow nampak sedap.... mouth-watering
ReplyDeleteMemang sedap dan tak lama lagi selepas semua R & D siap anda bole oder kalau nak. Orang pertama buat pesanan dapat baik punya diskaun..... Anda jadi follower blog kami anda jugak dapat diskaun dari harga jualan kami. So macam mana?
ReplyDelete