Kuih Muih Melayu
Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.
Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.
KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.
Wednesday, February 16, 2011
Putih Tidak Selalunya Cantik
Tahukan anda bahawa terdapat sesetengah peniaga/penjual santan kelapa yang mengakui santan mereka segar, bersih, pekat dan putih yang sudah siap diikat dalam plastik telah membuat santan mereka dengan cara yang diragui. Iye ini benar. Tersiar dikaca TV sebulan lebih dahulu, seorang pemberita telah menyamar hendak membeli santan segar dari satu pengusaha yang membuat santan. Sebelum itu beliau telah mengintip kedai tersebut dan beliau melihat perkerja asing telah memerah santan kelapa asli didalam baldi dan kemudianya mencampurkannya dengan air yang sama banyak dengan santan tadi. Untuk memekatkan semula santan yang sudah cair itu tepung dan sejenis serbuk berwarna putih-putihan yang agak banyak telah dicurahkan ke dalam santan berkenaan. Ini memekatkan semula dan menambahkan keputihan santan berkenaan. Santan in dijual kepada pembeli dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran. Mengikut perbualan pemberita yang kemudianya berjumpa perkerja asing itu santan ini sering dibeli oleh mereka yang mahukan santan murah untuk pembuatan makanan mereka. Pejabat kimia telah merampas serbuk yang digunakan untuk kajian. Demi keuntungan lebih apa saja boleh dilakukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment