Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Friday, February 25, 2011

Sarapan Anda Apa Pagi Ini?




Anda makan apa pagi ini? Untuk saya ini dia sarapan saya. Murtabak Singapura nama yang gemar dipanggil orang dari Selatan Semenanjung Malaysia. Murtabak ini tidak pula saya beli di Singapura malahan saya membelinya di Johor Baru. Murtabak yang sedap mula bertapak di Singapura dibawa oleh orang-orang Arab pada awal-awal lagi semasa pemerintahan Inggeris sehinggakan di Singapura ada jalan bernama Arab Street. Arab Street memang mashyur dengan murtabaknya dan barang siapa pergi ke Singapura sudah menjadi kemestian pergi ke Arab Street makan dan beli murtabak untuk dibawa pulang. Salah satu nama restoran yang disebut-sebut peminat murtabak adalah Zam Zam. Kini di Johor Baru ramai yang membuat murtabak ala murtabak Arab Street. Cukup sedap bila dimakan dengan madu lebah. Kegemaran saya, membeli banyak-banyak bila turun ke Johor Baru, bersusah-susah mengheretnya masuk dalam pesawat kapal terbang sebagai "hand luggage" bekukanya didalam "freezer" dan makan bila rasa teringin. Defrost dan hangatkan dalam microwave, hidang panas-panas......best! Saya suka kering dan garing sediket kulit murtabak. Jikalau anda suka lembut senang aje, kukus sekejap...sedap, murtabak lembab sediket dan lembut. Kami akan menjual murtabak beku tidak lama lagi, insyallah.
 


  
 


No comments:

Post a Comment