Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Monday, February 28, 2011

Kek Coklat Kukus Merekah Di atas


Kek Kukus Coklat Asli


Kek Kukus Coklat Tanpa Apa-Apa Topping


Kek Kukus Coklat Sedia Untuk Dihidang


Dibuat Mengikut Resepi Tradisi Keluarga

Anda tentu kenal Kek Kukus Coklat yang dibuat dengan mengukusnya dan tidak dibakar di dalam ketuhar (oven). Kalau cukup adunanya kek ini akan naik dan akan merekah diatas semasa dikukus. Rupanya mungkin tidak secomel macam kek-kek moden tetapi kepada ahli pemakan kek kukus orang Melayu kita beginilah rupa bentuk kek ini sejak dahulu lagi. Cukup coklatnya, cukup lembabnya dan semesti pula cukup sedap rasanya. Kek ini berukuran lebih kurang 15cm x 15cm dan beratnya di antara 950 gram hingga 1.0 kg. Untuk membuat tempahan kek ini kami memerlukan sekurang-kurangnya 4 hari sebelum tarikh yang dikehendaki. Untuk mendapatkan harga sila semak di dalam Senarai Harga Kuih-kuih kami. Sekiranya anda ingin mencuba kami sedia membuatnya. 

No comments:

Post a Comment