Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Tuesday, February 15, 2011

Mungkin Bukan Salah Anda

Baru berberapa hari kebelakangan dulu saya berbual dengan rakan saya yang berkerja sebagai Pengurus restoran terkemuka diLembah Pantai ini dan dia telah menerangkan sesuatu kepada saya yang saya rasa bole saya berkongsi bersama dengan pembaca dan pengikut blog KweMwe ini.

Anda tentu pernah membakar kuih atau kek di dalam ketuhar (oven) dan telah mengikuti betul-betul, dengan teliti segala sukatan bahan dan cara menyediakanya sepertimana yang telah diterangkan di dalam buku resepi atau chef yang mengajar anda. Tetapi setelah kek itu keluar dari ketuhar (oven) ianya bentat tidak naik sepenuhnya atau hangus. Dimana silapnya? Adakah sukatan yang silap? Cara yang silap?

Tahukah anda yang sebenarnya ketuhar (oven) anda mungkin silap. Kalau buku resepi atau chef mengatakan anda perlu membakar kuih di dalam ketuhar pada paras 200C selama 25 minit misalnya dan apabila anda membakarnya di rumah kuih anda tidak masak, bentat atau hangus. Sebenarnya anda perlu kalibrate ketuhar anda untuk membakar pada paras yang betul. Kalau buku menunjukkan paras 200C mungkin ketuhar anda baru hanya membakar pada paras 160C sahaja. Bezanya banyak. Oleh itu kalibrasi itu mustahak atau pun anda kena mengubah paras pembakaran kepada 240C atau mengurangkan parasnya jika ketuhar anda membakar pada kepanasan yang lebih tinggi.

Saya rasa ini satu perkara yang kita jarang menitik beratkan. Lain kali anda membakar kuih di dalam ketuhar
cuba perhatikan perkara ini. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment