Saya sebenarnya tidak pandai hendak buat blog lebih-lebih lagi cara macam mana hendak mempromosikan blog KweMwe kami ini. Saya juga tahu yang kita tidak tahu banyak perkara. Tidak tahu dan tidak mencuba merupakan satu kerugian tetapi tidak tahu dan berani mencuba walau apa pun adalah satu harapan. Saya tidak lagi mahu menelah apa akan berlaku sekiranya blog ini mencapai kejayaan dan kuih-muih Melayu kami dapat sambutan seterusnya. Itu tidak penting pada saya. Yang penting kita terus mencuba dan berusaha. Impian tidak jadi kenyataan dengan berangan.
Kepada Puan Linda: Terima kasih diatas tempahan Puan tempoh hari yang telah kami hantarkan ke pejabat Puan di Batu Cave.
Kepada Dr. Imelda: Terima kasih Doktor dari Klinik Idham.
Kepada Puan Ida: Franchisee JM Bariani Section 19, PJ kerana sudi membuat pesanan dan mencuba kuih-muih dan masakan kami.
Senarai ini tidak akan berhenti disini, saya tahu. Kepada semua pelawat blog kami....terima kasih!
Kuih Muih Melayu
Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.
Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.
KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.
No comments:
Post a Comment