Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Friday, February 25, 2011

Terima Kasih Kaki Tangan Taska Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras



Terima kasih kami kepada kaki tangan Taska Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah membuat pesanan beramai-ramai kuih Puteri Dua Sebilik dan Tembosa kami pada hari Jumaat 25hb Februari 2011. Sudah habis makan kuih kami kalau sedap rasanya atau tak sedap sekali pun buat lah komen....huhuhu! Kalau betul-betul sedap senang-senang buatlah tempahan lagi. Kepada semua yang namanya tersenarai untuk buat bungkusan tadi...sekali lagi terima kasih KweMwe Enterprise kepada anda.

No comments:

Post a Comment