Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Saturday, February 12, 2011

Lopis Hidangan Asli Melayu


Kebanyakan kuih-kuih Melayu asli zaman dahulu mengunakan daun pisang sebagai pembalut oleh kerana pokok pisang  ditanam merata-rata dikampung-kampung orang Melayu. Lopis yang dibalut erat dengan daun pisang dibekukan dan hanya perlu dikukus semula sebelum dihidangkan. Dibekalkan siap dengan air gula melaka dan kelapa parut Lopis kuih yang sedap dan sesuai untuk hidangan kepada tetamu.


Setelah pembalut daun pisang dibuka Lopis dicampurkan dengan kelapa parut dan dicurahkan air gula melaka dan....nah lihat! Lopis menyelerakan dan terserlah keaslianya


Walaupun Lopis merupakan satu resipi Melayu lama ia masih unik dan menyegarkan untuk santapan diwaktu kita bersantai


No comments:

Post a Comment