Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Friday, April 29, 2011

Laksa Johor KweMwe Dilancarkan di JM Bariani, KLCC Harga Promosi RM3.00 Sahaja.

Sekiranya anda peminat Laksa Johor atau pun anda tidak tetapi ingin hendak rasa Laksa Johor yang tulin, datanglah ke KLCC Food Court Tingkat 4, di gerai JM Bariani besok mulai jam 12.00 tengah hari dan hari-hari yang berikutnya selama 2 minggu ini untuk menjamu selera anda dengan hidangan laksa  pada kadar harga promosi RM3.00 semangkuk sahaja. Semua orang tahu sewa tapak di KLCC sememangnya mahal tetapi untuk mempromosikan Laksa kami disana harganya ditawarkan serendah mungkin oleh pihak JM Bariani KLCC. Selepas tempoh masa promosi laksa ini akan dijual mengikut harga biasa yang akan ditetapkan oleh tuan punya kiosk disana.

Jika anda dikawasan Puchong atau berdekatan dengan kawasan tersebut, kunjungilah JM Bariani IOI Boulevard, Puchong untuk menjamu selera laksa kami disana. Hanya cawangan di Puchong sahaja (selain KLCC) yang menjual laksa kami.

Soto Johor kami akan menyusul pada minggu depan di KLCC dan di JM Bariani IOI Boulevard, Puchong. Kami akan memberitahu tarikh yang sebenarnya kelak. Datanglah dan rasa dengan harga yang terendah sekali di JM Bariani KLCC.

Monday, April 25, 2011

Soto Johor Take Away (Bungkus)

Pagi ini tadi kami memperkenalkan Soto Johor bungkus atau ta pau atau take away....mana-mana boleh. Harga RM6.00 sebungkus tidak termasuk penghantaran. Semua lengkap, kuah soto dalam plastik besar, nasi empit dengan bergedil sekali didalam satu lagi plastik besar, timun, togay, daun sup dengan daun bawang, bawang goreng dan sos kicap semuanya didalam pklastik kecil. Pendek kata beli, keluarkan semua masukan dalam mangkuk, kalau sejuk soto tu you all boleh panaskan sekejap bubuh sos kicap secukup rasa dan "line clear" untuk makan sampai terlupa kawan atau lawan. Saya suka pedas so sos kicap saya bubuh habis semua, berdesing pedas sampai berpeluh makan but it is so so so good! Nak tengok gambar, ini dia dibawah ni.
Semua bahan-bahan Soto siap diletak didalam plastik masing. Daun sup, daun bawang dengan timun satu plastik kecil, sos kicap diseal dengan pemanas plastik supaya tidak tumpah, togay berasingan dan bawang goreng.

Semua bahan-bahan Soto dibungkus didalam beg kertas

Ini dia lunch saya tengah hari tadi. Apa saya jual pada anda dalam paket Soto saperti gambar diatas ini dia bila dikeluarkan dan diletak didalam mangkuk.
Nasiblah daun limau perut saya tak makan, yang lainya semua clear. Licin pinggan. Memang sedap. Pagi ini kami menghantar 25 paket Soto istimewa ini ke pelanggan kami. Utterly satisfying and absolutely superlicious.....jangan percaya tulisan saya. Cubalah sendiri.

 Bungkusan Soto untuk tempahan


Sunday, April 24, 2011

Nothing Is What It Seemed

You cry I cry
You smile I smile
You laugh I laugh
You jump over the cliff
I laugh
Even louder.........

Something I read recently. A friend, a relationship......nothing is what it seemed. Life many mysteries.....

Tuesday, April 19, 2011

Cara Mengurangkan Kos Membeli Laksa Johor

Laksa Johor kami telah menerima banyak tempahan. Untuk membantu semua pelanggan kami yang berminat membeli Laksa kami yang muuuaaah....muuuaaah...muuuaaah ini, kami ada cadangan yang bole mengurangkan kos anda.

Sekiranya anda membuat pesanan didalam kontena plastik yang tahan mikro wave harganya RM7.00 satu. Kos kontena mirco wave ini ialah RM0.50 satu. Itu harga yang dibeli oleh kami. Sebaliknya jika anda sanggup menerima tempahan anda didalam plastik bag harganya ialah RM6.50 satu. Semua bahan-bahan laksa diletak didalam plastik bag yang tahan panas. Spaghetti dan kuah laksa didalam plastik beg yang serdehana besar dan semua ramuan lainya saperti daun selasih, daun kesum ( satu plastik kecil), bawang merah yang di hiris, timun yang telah disaggat, togay, jeruk cepo, limau kasturi, dan sambal belacan yang cukup pedas didalam plastik kecil masing-masing.

Sekiranya anda mahu membuat jamuan atau kenduri dan ingin menghidangkan laksa secara buffet, boleh tidak ada masalah. Bekalkan kepada kami pinggan besar anda, mangkuk dan sebagainya dan juga kontena untuk menyimpan semua ramuan, kami sediakan semuanya dan anda mengambilnya dari kami atau kami menghantarkanya kepada anda. Sekiranya kami perlu membekalkan bekas plastik yang besar, kos perbelanjaan membeli kontena plastik ini perlu dibayar oleh anda. Kiraanya senang sahaja RM6.50 satu + Kos Kontena Plastik. Sekiranya kami menghantar cas penghantaran akan di kenakan.

Jika anda peminat Laksa Johor atau tidak saya sarankan anda mencuba laksa kami dahulu. Cuba dahulu dan kalau rasanya tidak sedap.....mungkin itu adalah kali terakhir anda membeli laksa kami.

Minggu depan Laksa Johor kami boleh diperolehi diKLCC. Sambutan amat menggalakkan alhamdullillah.

Sunday, April 17, 2011

Laksa Laksa.......Laksa Laksa...

Mula semalam lagi saya sudah membuat persiapan untuk memenuhi tempahan sebanyak 42 paket Laksa Johor. Selepas sahaja menghantar semua kuih muih yang dipesan oleh pembeli, saya telah ke Tesco dan Pasar Besar Tmn Tun Dr Ismail untuk membeli semua ramuan yang diperlukan untuk menyediakan Laksa Johor. Bawa semua yang dibeli pulang dan terus saya ke Sg Buloh membeli kotak dan paket plastik untuk mengisi spaghetti, kuah dan semua ramua lain. Pukul 10.00 malam semalam Timun pulak tak cukup, rush ke Giant membeli Timun. Nasib Giant buka lagi. Kerja mengisi ramuan kedalam plastik beg siap pada pukul 11.30 malam, pagi tadi pukul 3.00 subuh dah bangun, panaskan kuah Laksa, celur spaghetti, chapkan dan tunggu sejuk sebelum masukkan dalam plastik beg kuah dan spaghetti. Semua siap pada pukul 6.30 pagi, sempat ambil gambar, susun dalam beg dan pukul 8.00 pagi tepat cabut pergi hantar ke pelanggan.

Pukul 9.30 pagi everything beres, sampai rumah and biasalah...breakfast dengan Laksa Johor. Tak kira berapa kali saya makan Laksa ini.....it is beautiful, it is delicious and absolutely fabulous. Rugi betul kalau you all tak beli.....no joke! Untuk lihat gambar ada dibawah ini.


Friday, April 8, 2011

Sisik Ikan

Nama-nama yang diberi oleh orang Sarawak untuk Kek Lapis mereka amat menarik. Yang terbaru saya temui dan juga rasa ialah kek lapis ini, diberi nama Sisik Ikan. Ini mungkin disebabkan bentuk alun susunan kek ni menyerupai lapisan-lapisan sisik ikan. Walaubagaimana pun ini sebenarnya menunjukkan ketelitian pencipta kek ini dan untuk menamakan kek ini dengan nama Sisik Ikan, ianya juga memerlukan pemerhatian alam sekeliling dan haiwan yang berinteraksi dengan mereka dengan dekat dan halus. Segalanya yang berhadapan dengan kita memberi kita ilmu dan tidak kurang juga para penjiwa seni yang menimba ilham dari alam semulajadi. Mereka kuih dan menamakan kuih memerlukan pendekatan sebegini.


Monday, April 4, 2011

Pasang Dan Surut

Berniaga kecil-kecilan ibarat air yang pasang dan surut. Waktu pasang kita selalu terasa keseronokan diatas segala usaha kita. Kita bertambah "confident" dan kita mahu kedepan lagi memajukan perniagaan yang kita usahakan. Apa yang saya alami selama hampir 11 bulan menjalankan perniagaan kuih muih, air pasang itu agak seketika dan tidak berpanjangan. Semasa surut terasa amat lama dan panjang. Waktu-waktu sebegini menduga ketahan kita dan sering kita mahu mengaku kalah dan memberhentikan perniagaan kita. Apa guna aku berniaga, untung tak seberapa, penat sahaja yang aku rasai. Hari demi hari membuat tugas yang sama tanpa ternampak apa-apa sinar dihadapan kita. Keesokan hari tidak menjanjikan perniagaan kita. Hari demi hari cubaan dan dugaan sentiasa menghakis tebing ketahan kita untuk meneruskan perniagaan.

Apakah yang boleh membuat kita bertahan. Apakah resepi kekebalan perniagaan. Kalau mudah semua orang boleh buat. Tapi pulak kalau payah sangat kenapa aku mesti buat?