Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Tuesday, February 8, 2011

Laksa Johor


Ini dia kuah Laksa Johor kami yang paling istimewa diperbuat dengan ikan parang semata-mata tidak bercampur dengan lain jenis ikan. Pasti bermutu, pasti sedap dan dijamin halal. Satu paket seberat lebih kurang 1 kilo boleh menghidangkan diantara 10 hingga 15 pinggan. Dalam keadaan beku dan pekat, anda mesti campurkan lebih kurang dua cawan air. Laksa Johor paling senang disediakan, anda perlu hanya membeli spaghetti, daun kesum, daun selasih, togay, timun, jeruk cepo atau lobak asin, limau kasturi, sadiket bawang merah dan tumbukkan sadiket sambal belacan biar cair sediket. Makan panas-panas....peeeh! Cubalah jangan tak cuba.


Dari sudut yang lain paket Laksa Johor kami.


Spaghetti yang sudah dicelur dicap seberat lebih kurang 150 gram setiap satu. Pada masa-masa dahulu orang Melayu kita mengunakan sejenis daun yang dipanggil Daun Laksa atau nama asalnya Daun Sesibu untuk dijadikan lapik untuk setiap lapisan laksa yang sudah dicap. Kalau dulunya beras yang diuli dan diisikan didalam sejenis alat tembaga yang ditekan saperti mesin "press" untuk membuat laksa kini sekarang pengunaan spaghetti lebih popular.


Gambar di atas menunjukkan semua jenis ramuan yang diperlukan untuk menyediakan Laksa Johor.



"Close up" ramuan-ramuan



Kuah, spaghetti dan semua ramuan-ramuan bertemu di dalam mangkuk ini yang bernama Laksa Johor.


Laksa Johor paling sedap dimakan dengan menggunakan tangan. Tidak perlu kuah yang banyak hanya secukup citarasa. Gaul semua dan makan. Sekiranya kuah dan daun-daun yang sudah dimayang melekat pada jari anda semasa makan, mudah saja jilat saja setiap jari. Itu dia orang dulu-dulu punya rahsia "finger licking good" Kalau berminat hendak mencuba sila buat tempahan. Laksa Johor dibuat secara asli mengikut tradisi cara membuatnya memang lazat. Kami jamin kuah laksa kami segar, bersih, halal dan berkualiti.




No comments:

Post a Comment