Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Tuesday, February 8, 2011

Pulut Gugus



Pulut Gugus dibungkus dengan cara tersendiri mengikut bungkusan tradisi turun temurun. Diperbuat dari pulut yang dikukus bersama dengan santan kelapa yang ditanggung bersih, bermutu dan halal. Intinya bukan kelapa tetapi mengunakan bahan yang istimewa saperti ikan, udang, dsbnya. Tidak dapat dalam pasaran melainkan dari kami sahaja. Dibekalkan dalam bentuk beku atau berkukus siap untuk dimakan.


No comments:

Post a Comment