Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Thursday, August 18, 2011

Selepas 17 Hari DiPasar Ramadhan

Saperti yang dijangkakan jualan semalam tidaklah begitu mengalakkan. Jumlah pembeli berkurangan dan suasana diSeksyen 4, Kota Damansara ternyata sepi. Lebih kurang sejam lebih berniaga hujan mula turun, gerimis dahulu sebelum mencurah dengan lebatnya. Dalam keadaan hujan kami anak beranak mengemas meja dan menyimpan semua peralatan dalam kereta. Dalam masa yang singkat berniaga kami jual habis Tembosa, Karipap Sadin, Lopis, Lepat dan Karipap Telur. Yang tinggal sediket hanya Tepung Bawang dan P2B. Sampai dirumah saya terus mandi disebabkan basah kuyup tadi dalam hujan.

Dalam bulan puasa kepayahan berniaga secara menjaja banyak memberi saya ilmu dan membuat saya insaf dan bersyukur diatas segala kesenangan yang saya ada. Banyak atau sediket tidak menjadi soal. Yang penting adalah nilai dan kesyukuran yang kita letakkan diatas apa yang kita ada. Itu yang membawa berkat. Kepayahan saya mengajar dan mengingatkan saya diatas kepayahan orang lain yang lebih menderita dari saya. Letihnya saya mengingatkan saya betapa letih dan laparnya orang yang tiada. Wang dan ringgit mengingatkan saya supaya membantu dengan ikhlas. Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima. The difficulty that we, as a family goes through, is a life lesson that unfolds in a way that books can only tell but never allow us to experience it. Experience is an invaluable lesson.

Saya berdoa hari kelapan belas kami berniaga nanti akan merupakan hari yang lebih baik dari hari ketujuh belas. Ada pelanggan bertanya hendak membuat tempahan nasi bariani dengan lauk ayam masak merah, daging bariani, dalca dan acar timun untuk santapan hari Raya pertama. Nampaknya saya terpaksa menolak sebab selalunya hari pertama kami sibuk untuk makan sekeluarga dan menziarah. Nak kena beritahu pagi ini karang......



No comments:

Post a Comment