Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Friday, August 19, 2011

KeLapanbelas Pasar Ramadhan

Nak update blog pun dah tak cukup masa. Kalau ada lapang pun badan dah terlalu penat nak log in pun naik malas. But malas or not blog pada bulan Ramadhan Al Mubarak ni kena jugak update. Bukan apa sekurang-kurangnya ada rekod apa yang berlaku setiap hari berniaga ye....bukan berpuasa :-).

Tak banyak yang berlaku pada hari kelapanbelas semalam. Semuanya ok jualan bagus semua jenis kuih muih kita "ding dong" melainkan Tepung Bawang aje yang tinggal siket. Oh ye ada orang bertanya dengan anak saya "Kenapa awak jual kuih ini mahal". Jawab anak saya "Kuih ni sema sedap dan buat betul-betul untuk makan". "OK kalau gitu saya cuba" kata pelanggan itu. Semalam dia cuba so I hope dia datang lagi hari ini. If he comes and buy today it means .....well you  know.

Berapa kali kita membeli dipasar Ramadhan bawak balik and tak habis makan dan buang sebab tak sedap. Murah kuih itu tidak bermakna tidak berkualiti dan tidak sedap dan mahal kuih itu tidak menjamin sedapnya jugak. Semuanya bergantung pada sipenjual yang ikhlas menilai mutu, kebersihan dan kesedapan kuih yang dia jual berpatutan dengan harga yang dia cas.



Bergambar suka-suka semasa keadaan masih lengang. Tapak niaga Pasar Ramadhan diSeksyen 5, Kota Damansara tidak begitu ramai orang. The best place untuk Pasar Ramadhan ialah di Seksyen 6, di ikuti Seksyen 4 dan last place Seksyen 5. Saya pileh Seksyen 5 sebab ianya dekat dengan rumah. Mungkin tahun depan insyallah saya akan ambil tapak niaga didua kawasan ...that would be better.

Didepan tapak gerai saya ada sebuah kedai menjual obat tradisional Melayu dan yang menjaga kedai itu ialah dua orang perempuan. Saya perhatikan dulunya kalu dia berdua membeli lauk pauk untuk berbuka digerai sebelah saya dia akan membeli hanya lauk-lauk yang agak serdehana sahaja harganya. Dia lebihkan kuah dari ikan dan sebagainya. Satu hari bila jualan tidak habis dijual saya membungkuskan dua ketul Tembosa dan dua ketul Karipap Telur, memanggil adik berdua itu dan berikan kuih kepada mereka. Semalam, selang dua hari selepas saya menghadiahkan kuih itu, kedua-duanya datang kegerai saya pada lewat petang dan membeli Tembosa, Karipap Telur dan Lopis. Kenapa tak tahu saya tak sampai hati hendak cas mengikut harga jualan saya. Saya bungkuskan dan beri mereka diskaun. I hope they enjoy the kuih untuk berbuka.

No comments:

Post a Comment