Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Friday, August 26, 2011

Bungkusan Untuk Ibu Kanak-kanak Taska Sudah Siap Dibuat

Walau pun berniaga dipasar Ramadhan sudah berhenti namum kerja-kerja menyiapkan tempahan pelanggan dari rumah tetap berjalan termasuk penyiapan bungkusan kuih raya untuk ibu-ibu taska. Penatnya tak usah cakaplah sebanyak 115 bungkusan terpaksa dibuat, dengan memotonglah, mengikat riben lah, labelling, masukkan dalam plastik semua itu memakan masa yang panjang. Setiap buku kuih Fudge beratnya 1.5kgs, dipotong 3 setiap satu dan perlu diwrapkan dengan shrink wrap. Lepas itu sebalang kecil kuih Bangkit dan kuih Fudge tadi dimasukkan didalam bungkusan plastic yang sudah siap dilabel sebelumnya dan diikat dengan riben sebagai decoration. Macam nak patah tulang belakang....adeeeeeh! semasa membawa turun kotak yang mengandungi bungkusan tu ke kereta. I am glad its over and done with.






Semalam dapat relek siket and petang ini ada jemputan berbuka puasa. Tak tau nak bawak buah tangan apa. Sekejap tadi Puan Linda datang kerumah mengambil Begedil beku yang dia pesan. Sambil-sambil tu dia beli sekali satu balang kenari dengan satu makmur. Terima kasih Puan Linda dan selamat memandu nanti semasa pulang ke Kuantan. Tart Nenas memang dah habis dah.

I am going to out after this to do some look see look see........nak tengok tapak untuk buka kiosk nanti. Maybe a some photos dan buat submission to the hypermarket management. Sambil tu nak tengok baju untuk Raya....have bought nothing for myself except for a pair of new sandal.




A Happy Feet is a Healthy Feet huh!.... Time to go jalan-jalan and break-in my new pair of sandal. Memory Cushion  ye....ok lets see, time to sizzle! See ya folks!

No comments:

Post a Comment