Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Sunday, August 14, 2011

Hari KeDuabelas Pasar Ramadhan

Saya terlalu sibuk dan juga terlalu penat hingga tidak sempat dan berdaya hendak membuat posting dalam blog ini. Hari keduabelas adalah hari Jumaat, sibuk dengan tugasan kuih muih, sembayang dan menyediakan kuih. Saya sibuk menyediakan barang-barang untuk Soto dan Laksa pada hari Sabtu dan membeli kelapa parut putih fresh untuk Lopis. Ramai yang mengemarkan Lopis, sesuatu yang diluar jangkaan saya. Saya ingat ramai yang tidak sukakan Lopis atau hanya kaum yang berumur sahaja yang sukakanya rupanya nyata sekali saya silap. Ramai orang muda-muda sukakan Lopis jika ianya dibuat begitu rupa mengikut resepi tradisi. Anih! Kukuskan Lopis, Lepat Pisang dan jika tidak kerana kehabisan stok, Pulut Gugus juga. Goreng mengoreng beranika jenis karipap sudah memang menjadi kerja harian. Nasiblah anak saya dapat menolong kalau tidak ...pengsaaaan hahahahah!

Hari ini kami banyak menjual kuih Raya juga. Tart, Makmur, Kenari dan satu lagi yang terbaru Almond Crispy dapat dijual dengan baik. Alhamdullillah. Sebelah malamnya selepas berbuka kami sibuk membuat Bergedil, menyiapkan kuah Soto. Dalam kesibukan ada juga bahan yang saya terlupa membeli so kenalah pegi pasar pagi Sabtu untuk membelinya. Malam tu juga saya mengisi Cili Kicap, Air Gula Melaka dan Bawang Goreng dalam bekas plastik. Sakit pinggang dibuatnya.

Jualan bagus dan laris, no complain. Waiting for Saturday.

No comments:

Post a Comment