Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Tuesday, August 30, 2011

Syawal Tiba Bermaaf-maafan Kita

Pada hari lebaran yang mulia ini saya mewakili keluarga KweMwe Enterprise mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SEGALA SALAH DAN SILAP KAMI KEPADA ANDA 
YANG MELANGANI HIDANGAN KAMI
MAAF DAN AMPUN KAMI POHONKAN.

SALAM DAN DOA KAMI KEPADA ANDA SEKELIAN
SEMOGA ANDA SEMUA TERPELIHARA, DIBERI KEMULIAAN HIDUP
DAN SENTIASA DIBERKATI ALLAH.  


Saturday, August 27, 2011

To Fly

Something to break the monotony. Pictures from my lenses during my romp to the outskirts.







Friday, August 26, 2011

Hari Raya Special To My Business Friends

For my two friends who started the KweMwe business with me.........Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Heres something to celebrate your Raya with. My thoughts, my memories and my thanks to the two of you.


Bungkusan Untuk Ibu Kanak-kanak Taska Sudah Siap Dibuat

Walau pun berniaga dipasar Ramadhan sudah berhenti namum kerja-kerja menyiapkan tempahan pelanggan dari rumah tetap berjalan termasuk penyiapan bungkusan kuih raya untuk ibu-ibu taska. Penatnya tak usah cakaplah sebanyak 115 bungkusan terpaksa dibuat, dengan memotonglah, mengikat riben lah, labelling, masukkan dalam plastik semua itu memakan masa yang panjang. Setiap buku kuih Fudge beratnya 1.5kgs, dipotong 3 setiap satu dan perlu diwrapkan dengan shrink wrap. Lepas itu sebalang kecil kuih Bangkit dan kuih Fudge tadi dimasukkan didalam bungkusan plastic yang sudah siap dilabel sebelumnya dan diikat dengan riben sebagai decoration. Macam nak patah tulang belakang....adeeeeeh! semasa membawa turun kotak yang mengandungi bungkusan tu ke kereta. I am glad its over and done with.






Semalam dapat relek siket and petang ini ada jemputan berbuka puasa. Tak tau nak bawak buah tangan apa. Sekejap tadi Puan Linda datang kerumah mengambil Begedil beku yang dia pesan. Sambil-sambil tu dia beli sekali satu balang kenari dengan satu makmur. Terima kasih Puan Linda dan selamat memandu nanti semasa pulang ke Kuantan. Tart Nenas memang dah habis dah.

I am going to out after this to do some look see look see........nak tengok tapak untuk buka kiosk nanti. Maybe a some photos dan buat submission to the hypermarket management. Sambil tu nak tengok baju untuk Raya....have bought nothing for myself except for a pair of new sandal.




A Happy Feet is a Healthy Feet huh!.... Time to go jalan-jalan and break-in my new pair of sandal. Memory Cushion  ye....ok lets see, time to sizzle! See ya folks!

Wednesday, August 24, 2011

What Happen Tonight

Malam ini sekejap lagi Fudge Fruit Cake yang saya tempah sebanyak 45 biji akan sampai. Petang tadi saya pergi mengambil 115 balang Kuih Bangkit. Semua ini akan dijadikan hamper Hari Raya untuk diagih-agihkan kepada mak kanak-kanak. So besok balik semula b.....zzzy menyiapkan hamper pulak. Tambah pulak dengan 20 kotak Soto, 10 kotak Laksa, 90 Puteri, 10 Tembosa dan 10 Tepung Bawang bergoreng yang telah ditempah. Walaupun tak menjual dibazar Ramadhan kami tetap sibuk dirumah menyiapkan tempahan. This the the life of a cake seller and I am one.....:-).
Fudge Fruit Cake yang saya oder dah sampai tadi pukul 11.30 malam.  Jenuh menggankut naik tangga ke Tingkat 1. Bayangkanlah satu kek seberat 1.5kgs x 45 ketul....berpeluh jugaklah mengangkat. At midnight mandi sekali lagi.....now dah segar. Kena secawan nescafe black sah lambat tidur......huhuhu!

Semua perencah untuk Soto dan Laksa sudah siap diplastikkan. Besok cuma siapkan kuahnya aje...kuah Soto dah buat fresh besok pagi panaskan. I'll get some photos of the Fudge Fruit Cake tomorrow and post again. Oh that remind me, got to get some shrink wrap to balut the cake. First thing tomorrow then.

Tu aje lah nampaknya. Nak main my FB game kejap...Mafia Wars, sambil-sambil tu nak intai tengok Just For Laugh on Youtube. Remember to smile always.....cos the whole world shall then smile with you. In my case I just laugh out loud.....hahahahaha!

Nite everyone.

Tuesday, August 23, 2011

Hari Terakhir Pasar Ramadhan - Hari keDua Puluh Dua

Kalau dulunya saya tinggalkan kemah dan meja ditapak gerai Pasar Ramadhan diSeksyen 5 setelah habis berniaga dan merantaikanya, semalam saya kemaskan semua dan membawanya pulang. Hari terakhir berniaga berlalu saperti hari-hari biasa, no fanfare, no brass band no last hoorah. Saya bersalaman dengan Imah, tuan gerai sebelah saya yang menjual lauk pauk dan perkerja dia, ucapkan terima kasih diatas segala bantuan yang mereka beri bila saya perlu memasang kemah, minta maaf, ucapkan selamat Berbuka Puasa dan Selamat Hari Raya.

Tidak ada pengalaman pahit yang saya bawa pulang sepanjang saya berniaga Pasar Ramadhan malahan yang saya bawa pulang seharian hinggalah ke hari terakhir berniaga adalah ingatan yang manis sahaja. Terima kasih saya kepada pihak yang berkuasa MPPJ yang telah memberi saya lesen dan bantuan semasa saya menjaja. Ramai pelanggan terkejut apabila saya katakan yang semalam merupakan hari terakhir saya berniaga. Mereka ucapkan terima kasih diatas hidangan juadah yang kami jual, bertanya kemana kami akan pergi selepas ini dan apa rancangan kami, macam mana mereka boleh membuat tempahan kuih muih kami. Ada yang memborong kesemua kuih Lopis kami apabila mendengar yang semalam adalah hari terakhir, ada yang membeli Lepat Pisang lebih untuk dibekukan dan dimakan pada lain hari, ada yang membuat tempahan Laksa dan Soto untuk hari Rabu dan seterusnya. I met some of the nicest people who came regularly to buy as far away from Bukit Jelutong and Puchong. I thank each and every one of you. It is tiring work to be a seller at the Pasar Ramadhan but having met all these nice people and being able to serve them the best that we could give is a very satisfying and gratifying feeling indeed. It made all the difficulties and tiredness small in comparison to the feeling of achievement. It is a boost that I need to bring the business up to the next level.

At the end of it all, we made some profit after 3 weeks, alhamdullillah syukur kepada Allah diatas rezekinya. More importantly we now have a mesuring stick as to where we belong in our kuih muih business, the level of customer that we shall be catering for, the nische that we will fit into and the level of acceptance of the kuih that we offer. Pasar Ramadhan have been a good test bed in our marketing planning and we now have our sights on bigger and bolder steps moving forward.

This is not the end it is merely the beginning. Do come back to checkout on how we are doing from time to time. To All the Muslim readers Selamat Berpuasa dan selamat menyambut Aidil Fitri yang akan menjelma tidak lama lagi.

Sunday, August 21, 2011

21st Day

Sibuk update blog ini tadi terlupa Lopis and Lepat Pisang tengah dikukus. Cabut kejap tadi angkat and tutupkan api. Biar dia sejuk siket before campurkan kelapa pada Lopis. Got to do work now will come back later.

Sale semalam agak slow. Selalunya hari Sabtu dan Ahad memang agak slow disebabkan semua orang cuti hujung minggu dan masa cutilah hari untuk mereka pergi membeli belah, berbuka puasa di restoran atau masa kelapangan itu digunakan untuk memasak sendiri dirumah. Jika anda semua ingin membuka Pasar Ramadhan tahun depan anda mungkin mahu mengambil kira perkara ini. Walau bagaimana pun jualan Laksa 20 paket dan Soto 20 paket semuanya habis. Tinggal hanyalah berberapa ketul karipap.

Setiap hujung minggu  saya perhatikan ada seorang wanita dengan anak perempuan dia akan datang kegerai kami dan membeli bermacam-macam jenis kuih termasuk Laksa dan Soto. Bila ditanya semalam rupanya wanita itu tinggal diBukit Jelutong, jauh dari Kota Damansara. Kadang-kadang kalau saya terlambat buka gerai dia akan call dan bertanya samada saya berniaga atau tidak. Salah sorang peminat setia kuih muih kami yang datang dari jauh untuk membeli.

Saya memberitahu semua pelanggan yang datang membeli semalam bahawa hari Isnin ini merupakan hari terakhir kami berniaga. Mulai hari Selasa KweMwe akan tutup gerai hingglah ke hari kesepuluh selepas Raya kami akan menjalankan perniagaan saperti biasa. So ada warga emas ini yang setelah membeli dan diberitahu tentang penutupan ke esokan harinya dia pun berkata "Oh you tutup ke. Oklah Selamat Hari Raya.......kuih awak memang sedaaaaaaap!" sambil mengangkat ibu jari kanan menandakan approval. Huhuhuhu.....teruja tuuu! Thanks lah abang! Selamat Berhari Raya kepada abang dan keluarga.

Saya rasa Yasir duduk diKota Damansara sebab semalam anak saya nampak dia dengan isteri dan anak diSeksyen 5. Dengar cerita even Roshyam Noor pun duduk diKota Damansara...hmmmm!

Last but not least besok KweMwe Enterprise tidak berniaga lagi di Seksyen 5. Kami tutup. Kepada anda yang ingin membeli silalah buat tempahan melalui talipon bimbit saya sehari sebelum tarikh anda menghendaki tempahan itu. So sehingga disini dulu.....kita sambung dilain hari. Oh by the way cara abang tu buat tanda menunjukkan approval dia untuk kuih muih kami ini dia dibawah ini.....caranya....

Haaa..macam nilah abang tu buat......have a nice day everyone!

The 20th Day of Pasar Ramadhan

Semalam buat Laksa, Soto and all the regular kuih muih. By 6.30 petang semua habis dijual and a regular customer who came at 6.40pm said he saw only a closed tent. He put up his comment on my daughters FB. Hope he will come in early today.We ding dong everything.  My first customer semalam is a Pakcik, dia datang-datang aje dia suruh bungkuskan 10 ketul Lopis, 10 ketul Puteri and 10 Tembosa. Customer yang datang lewat kesian tak dapat beli kuih Puteri, Laksa and Soto. Hari ini last buat Soto and Laksa. By hari Rabu kot we all close gerai and concentrate on the hampers and tempahan customer buat untuk kuah Laksa and Soto untuk makan first day Hari Raya. My regular business will only open after 10 days of Aidil Fitri. Need a good break before embarking on the next stage of my expansion plan, insyallah.

Rupa-rupanya isteri Ajai came the day before Ajai came to our gerai. She bought bermacam-macam jenis karipap and the next day kot dia suruh husband dia pegi beli lagi.....huhuhu! Sebab tu Ajai dok tanya kat gerai sebelah kat mana nak beli Karipap. Kebetulan pulak dia nampak karipap kami....so zaaaaas apa lagi!

Syukur alhamdullillah jualan bagus dan sambutan dari pembeli mengalakkan so far. Saya tahu sejak dulu lagi kuih muih kami memenuhi citarasa a nische market yang tertentu sahaja. But thats how it is. Some buat untuk market yang tertinggi sekali, some buat untuk pembeli pertengahan dan some pulak buat untuk pembeli secara borong.

Sesiapa yang mahu membeli kuih Makmur yang dijamin sedap kami masih lagi ada stok. Its RM35.00 for 50 pieces.....besar, crunchy and sedaaaaaaap!

Friday, August 19, 2011

Berniaga Hari KeSembilanbelas

Hari ini ada Laksa Johor dan Soto. Puan Afifah telah memesan 100 ketul Tembosa bergoreng, 10 Lopis beku dan 20 Bergedil beku. Karang dia datang ambil digerai. Puan Lin memesan 80 Puteri Dua Sebilik dan besok ada lagi yang membuat tempahan. So jualan luar dari gerai is picking up and I could'nt be happier.



Persediaan untuk Soto.

Deretan paket kosong diatur diatas meja dan sekejap lagi semua bahan-bahan Soto akan dimasukkan, seal dan sedia untuk dijual.

Masa berniaga tadi you all tau sape datang membeli digerai saya. Ajai....banyak jugak dia beli. Bought 3 jenis karipap 5 each and 1 Laksa Johor I think dan saya bekalkan dia 1 kuih Puteri Dua Sebilik bagi dia rasa. Kalau sedap ...he knows where to find us. Aritu masa kat kedai buah-buahan segar saya beratur belakang Amy Search. Tapi saya wat biasa aje....heeeeeee! Buat selambaaaa dok! Happening jugak ek Seksyen 5 ni ye.....hahahahaha! Jual habis sema arini......all the Laksa and Soto. Anih Lopis pulak arini tak abis..so we all eat masa berbuka tadi. Sedaaaaaap!

KeLapanbelas Pasar Ramadhan

Nak update blog pun dah tak cukup masa. Kalau ada lapang pun badan dah terlalu penat nak log in pun naik malas. But malas or not blog pada bulan Ramadhan Al Mubarak ni kena jugak update. Bukan apa sekurang-kurangnya ada rekod apa yang berlaku setiap hari berniaga ye....bukan berpuasa :-).

Tak banyak yang berlaku pada hari kelapanbelas semalam. Semuanya ok jualan bagus semua jenis kuih muih kita "ding dong" melainkan Tepung Bawang aje yang tinggal siket. Oh ye ada orang bertanya dengan anak saya "Kenapa awak jual kuih ini mahal". Jawab anak saya "Kuih ni sema sedap dan buat betul-betul untuk makan". "OK kalau gitu saya cuba" kata pelanggan itu. Semalam dia cuba so I hope dia datang lagi hari ini. If he comes and buy today it means .....well you  know.

Berapa kali kita membeli dipasar Ramadhan bawak balik and tak habis makan dan buang sebab tak sedap. Murah kuih itu tidak bermakna tidak berkualiti dan tidak sedap dan mahal kuih itu tidak menjamin sedapnya jugak. Semuanya bergantung pada sipenjual yang ikhlas menilai mutu, kebersihan dan kesedapan kuih yang dia jual berpatutan dengan harga yang dia cas.



Bergambar suka-suka semasa keadaan masih lengang. Tapak niaga Pasar Ramadhan diSeksyen 5, Kota Damansara tidak begitu ramai orang. The best place untuk Pasar Ramadhan ialah di Seksyen 6, di ikuti Seksyen 4 dan last place Seksyen 5. Saya pileh Seksyen 5 sebab ianya dekat dengan rumah. Mungkin tahun depan insyallah saya akan ambil tapak niaga didua kawasan ...that would be better.

Didepan tapak gerai saya ada sebuah kedai menjual obat tradisional Melayu dan yang menjaga kedai itu ialah dua orang perempuan. Saya perhatikan dulunya kalu dia berdua membeli lauk pauk untuk berbuka digerai sebelah saya dia akan membeli hanya lauk-lauk yang agak serdehana sahaja harganya. Dia lebihkan kuah dari ikan dan sebagainya. Satu hari bila jualan tidak habis dijual saya membungkuskan dua ketul Tembosa dan dua ketul Karipap Telur, memanggil adik berdua itu dan berikan kuih kepada mereka. Semalam, selang dua hari selepas saya menghadiahkan kuih itu, kedua-duanya datang kegerai saya pada lewat petang dan membeli Tembosa, Karipap Telur dan Lopis. Kenapa tak tahu saya tak sampai hati hendak cas mengikut harga jualan saya. Saya bungkuskan dan beri mereka diskaun. I hope they enjoy the kuih untuk berbuka.

Thursday, August 18, 2011

Selepas 17 Hari DiPasar Ramadhan

Saperti yang dijangkakan jualan semalam tidaklah begitu mengalakkan. Jumlah pembeli berkurangan dan suasana diSeksyen 4, Kota Damansara ternyata sepi. Lebih kurang sejam lebih berniaga hujan mula turun, gerimis dahulu sebelum mencurah dengan lebatnya. Dalam keadaan hujan kami anak beranak mengemas meja dan menyimpan semua peralatan dalam kereta. Dalam masa yang singkat berniaga kami jual habis Tembosa, Karipap Sadin, Lopis, Lepat dan Karipap Telur. Yang tinggal sediket hanya Tepung Bawang dan P2B. Sampai dirumah saya terus mandi disebabkan basah kuyup tadi dalam hujan.

Dalam bulan puasa kepayahan berniaga secara menjaja banyak memberi saya ilmu dan membuat saya insaf dan bersyukur diatas segala kesenangan yang saya ada. Banyak atau sediket tidak menjadi soal. Yang penting adalah nilai dan kesyukuran yang kita letakkan diatas apa yang kita ada. Itu yang membawa berkat. Kepayahan saya mengajar dan mengingatkan saya diatas kepayahan orang lain yang lebih menderita dari saya. Letihnya saya mengingatkan saya betapa letih dan laparnya orang yang tiada. Wang dan ringgit mengingatkan saya supaya membantu dengan ikhlas. Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima. The difficulty that we, as a family goes through, is a life lesson that unfolds in a way that books can only tell but never allow us to experience it. Experience is an invaluable lesson.

Saya berdoa hari kelapan belas kami berniaga nanti akan merupakan hari yang lebih baik dari hari ketujuh belas. Ada pelanggan bertanya hendak membuat tempahan nasi bariani dengan lauk ayam masak merah, daging bariani, dalca dan acar timun untuk santapan hari Raya pertama. Nampaknya saya terpaksa menolak sebab selalunya hari pertama kami sibuk untuk makan sekeluarga dan menziarah. Nak kena beritahu pagi ini karang......



Tuesday, August 16, 2011

KeEnambelas Pasar Ramadhan

Setelah bercuti semalam hari ini kami mula berniaga lagi. Saya sedang mengukus Lopis dan Lepat Pisang sekarang. Selepas jam 12 tengah hari kami akan mula mengoreng semua jenis karipap dan menyediakanya untuk dibawa ke gerai Ramadhan kami. Semalam sambil-sambil cuti saya sudah mengisi air gula melaka untuk Lopis dalam beg plastik kecil termasuklah bawang goreng, sambal belacan dan sos Kicap Cili dan meletakkan didalam peti ais. Prepare siang-siang senang tak banyak kerja nanti bila nak guna kan? Ok sehingga disini dulu nak sambung kerja, will post again later tonight. A new day and a new experience....

Berniaga tadi agak slow tak ramai pembeli. Mungkin disebabkan besok Selangor cuti Nuzul Quran. Wilayah Persekutuan berkerja saperti biasa. So ramai yang mengambil kesempatan berbuka diluar atau mereka yang kampung  halaman berdekatan dengan KL balik kekampung mereka. Tinggal hanya 2 minggu sebelum Aidil Fitri so saya jangka perniagaan besok akan slow jugak. Ramai orang Selangor yang bercuti akan pergi membeli belah..kenapa? Sebab semua kakitangan kerajaan sudah menerima bonus mereka so I reckon KL city will be jam packed with shoppers buying for Raya. That is bad for people like me at the Pasar Ramadhan. Funny kan! Bila berniaga, hal-hal saperti hari cuti, perayaan, kekecohan dsbnya, semuanya menjadi faktor yang mesti diambil kira. Tak kira peniaga besar atau kecil and especially so if you are in the F & B business, you have to be acutely aware of days that will have a profound effect on your line of business. Sesiapa yang menjual pakaian they will have a hay day. With bonus comes their bonanza.....jeles you! Oh well.

Saya dapat menjual banyak kuih Raya saperti Tart, Makmur, Kenari, Almond Crunchy dan Choc Almond tadi, nearly RM380.00 worth tidak termasuk jualan yang lain-lainya. So despite being a slow day my jualan was not bad really 'cept that ada berberapa ketul jenis karipap yang tidak habis dijual. Kita dadarkan kepada semua penjaja Pasar Ramadhan, bagi sorang siket. I bagi karipap and yang menjual air tebu bagi kami their air tebu....an exchange of sort. Nice is'nt it! Bila jualan habis semua all of us smile and bila jualan tak habis jual kita smile jugak and exchange. We take it in our stride..the good and the bad! So thats it for the day...nite and sweet dream all. Jangan lupa bersahur dan niat berpuasa esok. Wassalam!

Monday, August 15, 2011

Hari KeLimabelas Kita Berpuasa

Saya sibuk menghabiskan masa membuat kerja-kerja sendiri menyelesaikan urusan perbankan semasa cuti berniaga ini. Cuci kereta dan vacuum, kemaskan kuih Raya untuk hantaran kepada "dealer" saya dan membuat persiapan untuk berbuka puasa diluar nanti. JM Bariani Puchong juga ada membuat oder  untuk 4 kotak kuah Laksa beku so sekali jalan karang saya akan menghantarkan nya. Cuti tapi sibuk jugak rupanya...tak bole rehat like lepak abis pun. Kena juga buat kerja...but gitulah kerja penjual kuih seharian. Insyallah nanti bila kami dan berkembang, tugasan saya harap akan berkurangan bila ada supporting staff.

Dalam bisnes saya yakin benar dengan konsep "hands on". Saya membuat semua kerja dari sekecil-kecilnya hinggalah kesebesar-besarnya. Dengan cara begitu saya akan tahu setiap selok belok perniagaan saya dan ianya adalah satu pengalaman yang akan membantu kelak. So right now saya penat but I am learning constantly.

Fudge Fruit Cake yang saya oder sebanyak 45 biji. Moist, sedap and surprisingly not at all sweet. Cara best memakanya ialah dengan  memotong kuih ini sebesar citarasa dan top it dengan vanilla ice cream....wow! Best man! Ada customer oder kuih ini dan saya mesti menghantarnya pada 24hb Ogos ini. DiPasar Besar Taman Tun Dr. Ismail kedai kek disana, kuih ini dijual dengan harga RM75.00 untuk seberat 1.2 kilo. Fudge kami ini seberat 1.5 kilo dijual dengan harga istimewa RM65.00 sebiji untuk bulan Ramadhan ini.

Fudge Fruit Cake. Gambar diambil dengan mengunakan Kamera Blackberry Phone

Banyak fruits dalamnya and like everything else this is so nice.

Tu aje kot hari ini. Nak keluar collect duit pun ye ni .....huhuhu! Money don't make me dizzy but it keep me going. Take care all you people out there ok.....Selamat Berbuka nanti insyallah.

Sunday, August 14, 2011

Hari KeEmpatbelas

Sedar tak sedar umat Islam sudah berpuasa hampir setengah bulan. Hari Ahad ini hidangan kami saperti biasa. Disebabkan Begedil tak ada lagi and disebabkan Begerdil rosak banyak semalam, hari ini semua orang dah tak larat nak mengentil Begerdil lagi (hahahahaha.....). So this Sunday just Laksa ajelah. Monday everyone in the family pleaded with me to close gerai sebab sema orang dah lembik. So good folks, if you are reading this blog and a regular at our gerai or if you are not but intend to come on Monday we are closed. I'll continue with this post again later, for now I have to rush, an errand to attend to. Kuih....kuih....kuih...kuih!

Seterusnya.....apa nak tulis ye. Hari ini semua habis, "Line Clear" semuanya. Laksa 20 paket selesai habis, Puteri 100 clear malah tak cukup. Yang datang lewat hampa tak dapat membeli kuih Puteri, ada yang mengatakan sambil berseloka "Saya sampai mimpi kuih Puteri".

Pembeli kuih Tart dan Makmur sudah merasa kuih ini dan sudah mula membuat tempahan berapa balang yang dia orang hendak. So I am reserving for them. Saya sudah terima tempahan sebanyak 45 biji kuih Fudge Fruit Cake dan akan mula pembekalan mulai 23 Ogos 11. Saya juga dapat tempahan sebanyak 110 botol kuih Bangkit...overall not bad for starter.

Future plan! Mungkin besar kemungkinan kami akan membuka kiosk Kuih Muih disalah satu hypermarket diKota Damansara ini. If everything goes well insyallah selepas habis Raya. Beyond that I want to open one at Alamanda...thats where the crowd is. Next course of action is to have a proper labeling of semua kuih-kuih beku, streamline production supaya supply goes uninterrupted and of course design for our kiosk.

Seorang wanita tadi datang ke gerai saya, first time dia datang. Dia nampak kuih Puteri dan bertanya dengan saya samada saya kenal dia ke tidak. "Maaflah saya tak kenal Puan" saya menjawab. Puan itu menjawab "Sayalah Amirah". Baru saya tau. Puan Amirah selalu memesan kuih muih dari saya dan saya selalu menghantarnya kerumah dia. Setiap kali saya menghantar pesanan dia selalunya Pembantu Rumah Puan itu akan menerimanya dan membayar saya. Sebab itulah saya tak kenal dia walaupun dia regular customer.......I have to be careful huh! Not to offend my customer.....huhuhu!

OK...besok cuti, banyak hal peribadi nak di attend to. Will be back on Tuesday then. Selamat bersahur kepada pembaca lewat malam ini.....saya mahu tidurin sekarang....Selamat Pagi. Ermmmm......

The Thirteenth Day

Hari Sabtu ini adalah hari yang paling mencabar, juga untuk isteri saya. Begedil yang kami buat semalam dan bekukan untuk digoreng pagi ini rosak. Bila bangun sahur semalam kami mengoreng dua tiga ketul bergedil untuk mencubanya. Isi kentang campuran daging rasa masam sediket disebabkan sesuatu. No choice but to throw away 170 plus Begedil. Sayang rezeki tapi nak buat macam mana. We cannot sell it, just not right. So pagi Sabtu kena beli kentang lagi dan buat semula Begedil. Itu yang buat semua orang letih dan letak....

Hari Sabtu kami membuat 34 paket Laksa dan 40 paket Soto, 100 Puteri Dua Sebilik, 20 Lopis, 30 Tembosa, 20 Tepung Bawang, 20 Karipap Telur, 20 paket Begerdil dan 20 Lepat Pisang termasuklah kuih-kuih Raya. Yang membuat tempahan pun ramai untuk Puteri, Soto dan Laksa. Sebab satu pun tiada tinggal dirumah saya ketepikan 4 paket Soto dan 1 paket Laksa untuk kami berbuka puasa. Anak saya kata kuih Soto tawar sikit, which is true, almaklumlah bulan puasa tak dapt nak rasa. Tapi kalu campurkan Cili Kicap dalam kuah Soto...its ok I guess.

Kuah Laksa yang sudah disiapkan pagi semalam. Didapur kami untuk semasa penyediaan untuk dimasukkan dalam beg plastik. 
Begerdil yang baru dibuat semula, siap digoreng, disejukkan dahulu sebelum dipaketkan
Bila nak keluar rumah ke gerai hujan mula turun. Sampai digerai hujan sudah lebat...so basah. Set up the tent, sediakan juga semua hidangan and waited for the customers. Hujan lebat saya jangka tidak ramai orang akan mengunjung but you know what? Hari Sabtu tadi merupakan the best sale so far in the month of Ramadhan. We "ding dong" I told my children and they can't wait to know how much our sale really was. Ada seorang pembeli bangsa Cina membeli begedil kami dan meninggal tip sebanyak RM10.00. Saya menawarkan hendak memberi dia kuih-muih yang lain tapi dia berkata tidak apa. Hadian sempena bulan Ramadhan kata dia. What can I say......rezeki dari Allah! So penat ..balik mandi sebab basah dek hujan, berbuka puasa dan pada pukul 8.00 malam saya sudah berdengkur agaknya. Ramai yang datang lewat tidak dapat membeli kuih Puteri. Ada yang datang dari Puchong untuk membeli kuih Puteri yang emak dia menyuruh dia membeli. Siap talipon saya untuk bertanya arah. Terima kasih Puan Ros diatas your recommendation. Cik Dilla dan Cik Ita datang jauh dari Cheras untuk membeli Soto kami. Terima kasih kepada anda yang datang jauh-jauh tadi. Hope you enjoy our cakes....Thank you!

P/S: Ooh semalam pegawai dari Kementerian Kesihatan kot datang melawat gerai dan ambil sample hand swap. Nak test kat lab tengok my hands ada bacteria berbahaya ke tidak heeeeee! We have our hand sanitizer always on our table......no worries!

Hari KeDuabelas Pasar Ramadhan

Saya terlalu sibuk dan juga terlalu penat hingga tidak sempat dan berdaya hendak membuat posting dalam blog ini. Hari keduabelas adalah hari Jumaat, sibuk dengan tugasan kuih muih, sembayang dan menyediakan kuih. Saya sibuk menyediakan barang-barang untuk Soto dan Laksa pada hari Sabtu dan membeli kelapa parut putih fresh untuk Lopis. Ramai yang mengemarkan Lopis, sesuatu yang diluar jangkaan saya. Saya ingat ramai yang tidak sukakan Lopis atau hanya kaum yang berumur sahaja yang sukakanya rupanya nyata sekali saya silap. Ramai orang muda-muda sukakan Lopis jika ianya dibuat begitu rupa mengikut resepi tradisi. Anih! Kukuskan Lopis, Lepat Pisang dan jika tidak kerana kehabisan stok, Pulut Gugus juga. Goreng mengoreng beranika jenis karipap sudah memang menjadi kerja harian. Nasiblah anak saya dapat menolong kalau tidak ...pengsaaaan hahahahah!

Hari ini kami banyak menjual kuih Raya juga. Tart, Makmur, Kenari dan satu lagi yang terbaru Almond Crispy dapat dijual dengan baik. Alhamdullillah. Sebelah malamnya selepas berbuka kami sibuk membuat Bergedil, menyiapkan kuah Soto. Dalam kesibukan ada juga bahan yang saya terlupa membeli so kenalah pegi pasar pagi Sabtu untuk membelinya. Malam tu juga saya mengisi Cili Kicap, Air Gula Melaka dan Bawang Goreng dalam bekas plastik. Sakit pinggang dibuatnya.

Jualan bagus dan laris, no complain. Waiting for Saturday.

Thursday, August 11, 2011

The Eleventh Day Of Pasar Ramadhan

Jualan Tart Nenas, Makmur and Kenari is going fast, better than I expected. Di pasar Ramadhan aje tadi kami jual banyak dan ada yang mahu datang besok nak beli lagi. Nak balik dulu to confirm dengan mak ayah dia orang how many they want to buy. Im rockin on the sale of kuih Raya.......luv it!

I have a beautiful, delightfully tasty Fudge Fruit Cake. Moist, not so sweet and a definite yes for Hari Raya. Weighing about 1.5kg it cost RM65.00. Memang mahal tapi kalau you nak cut cost you boleh share beli dengan kawan you and potong dua 750 grams seorang. Tak bole dapat immediately, kena order and you can come and collect it at our gerai. Fudge Fruit Cake is open for booking......a mesti cuba kuih. Simpan dalam fridge dengan shrink wrap it will last till Raya.

A very nice stylish lady have been coming to our gerai, I noticed, regularly. She would buy all the varieties of karipap, Puteri and Lepat. Tadi dia bertanya pasal laksa dan soto. Beritahu dia yang dishes tu boleh dapat pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Dia nak book, so oklah. Dia cakap tadi yang payah nak cari kuih muih di Pasar Ramadhan yang boleh dimakan. Maksud dia banyak yang dia beli tapi tak habis dimakan disebabkan sesuatu. Tapi dia berkata kuih dari KweMwe, dia and family makan habis. Well thats nice I am happy to know that. Bukan nak berbangga, tidak. Tapi saya rasa gembira bila dapat menghidangkan kuih yang boleh dinikmati untuk berbuka selepas seharian menahan lapar dan dahaga. It makes its all worth while, segala penat derih and have my customer sitting at their table dan berbuka dengan kuih yang mereka rasa worth their money. Syukur.

Hari itu ambil gambar guna Blackberry camera kuih kami so ini dia:

Cekodok Pisang atau Jemput-jemput Pisang. Masa pisang banyak kat pasar dan murah ini dia yang KweMwe buat. Manis pisang dan bukan manis gula. Habis jualan hari tu.

Sebelah kiri Tembosa berintikan daging dengan kentang. Di sebelah kanan ialah kuih Puteri Dua Sebilik. Kedua-duanya memang jalan habis tiap-tiap hari.


Pasar Ramadhan Hari KeSepuluh

Macam nak pengsan semalam buat persediaan untuk menjual. Dua orang aje buat kerja, macam-macam nak kena buat penat badan. Rasanya kena ambil satu hari cuti dari berniaga setiap minggulah kalau macam ni. Tak tahan.....huhuhu! Semalam KweMwe buat Soto dengan Begerdil goreng, kita pack 3 ketul dalam satu container. Habis laris jual. Sekarang ini pembeli siap talipon buat booking berapa Soto dan Laksa dia orang nak. Begerdil belum lagi tapi ramai mahukan extra Begerdil untuk Soto mereka. Semua habis dijual melainkan tinggal Lepat Pisang sediket. Jualan semalam amat baik dan sebanyak sediket bila kira duit jualan hilang rasa letih dan penat ...hahahah! Money makes the world go round. Actually no. The world is already spinning money only makes you dizzy aje .....

Ada seorang pengunjung yang datang ke gerai kami hari-hari dan setiap kali dia datang dia nak beli Lopis aje. Semalam dia datang dan nampak Lopis habis semua dia borong.  Ada yang suka Tembosa dan borong Tembosa. I am glad they like our kuih-muih. No complain.

Walaupun dah tinggalkan kemah kat tapak berniaga, semalam there was a bright yellow Volkswagen park kat tapak kami. Jam dah lebih pukul 4.00 petang kereta tak beralih-alih. So saya pacak aje kemah kami around the car dan put up our table. Lama kemudian budak muda datang nak alihkan kereta. By that time his car was blocked but he managed to drive out. He had to enter from the front passenger seat to the driver's seat. Tak boleh nak buat apa, meja dah penuh dengan juadah rapat dengan pintu driver. Selepas menjual semalam saya tak alih pun kemah, rantaikan meja aje betul-betul depan kemah. Kalau tak buat gitu tapak saya asik kena block aje, tak tahan. Hope tak kena sitar by MBPJ tapi kalau kena jugak saya nak suruh penguatkuasa MBPJ baca blog saya ni......huhuhu! Biar dia orang paham yang saya selalu kena block.

Lepat Pisang. Pisang lebih, tepung kurang jadi rasa Lepat ini betul-betul manis pisang.

Lopis kali ini dibuat besar-besar kalau makan satu puaslah. Bila permintaan pulut mendadak naik apa lagi pekedai pun cari chan menaikkan harga pulut. Mahal pulut pada bulan Puasa ni. KweMwe terpaksa mengubah harga jualan disebabkan kenaikan ini.

Tuesday, August 9, 2011

Hari Kesembilan

It now appears that production cannot cope with the demand for the cakes. Hari ini kami menjual Tembosa, Karipap Telur, Sadin, Puteri2 Sebilik dan Lepat Pisang. Disamping itu juga we sold some Tart Nenas and Makmur. I was pleasantly surprised to see people buying our Raya cakes just based on KweMwe integrity and quality of our products. Production have yet to fulfill the kuih muih that we require, I hope to be able to sell some Lopis, Pulut Gugus and in couple of days and our Kuih Kasui and Lompang.

A few customers have asked for Laksa and Soto, inquiring when we are going to have it on the menu. For Laksa it is definitely on Saturday and Sunday cos the preparation is going to take a bit more time. Tomorrow we are having Soto on the menu and already some customers have asked us to reserve a few packets for them. There is one gentlemen who even wanted more Bergedil so we are also having fried Bergedil as a side menu. In other words if you would like to buy just the Bergedil well you can have it tomorrow.

Despite leaving my tent at the site there was a car blocking my business site. A lady just park the car there and went to the shops to buy something and took her own sweet time doing it. Thats life huh!

Oh ye! Leaflets yang kami edarkan sudah menunjukkan hasil. Besok ada seorang pelanggan berbangsa Cina memesan 40 kuih Puteri dan pada hari Kamis dia jugak mahu 50 Puteri dan akan datang ke rumah saya mengambilnya. Nowadays it is the small things that makes me happy. Happiness is when you see your flyers works.......huhu! Sape sangka ek!

Hari KeLapan

Walaupun habis semua juadah dijual hari ini pendapatan kami agak rendah disebabkan tidak banyak jenis yang dihidangkan. Stok Lopis sudah habis kesemuanya begitu juga Pulut Gugus yang sudah kehabisan. Ada pengunjung yang datang lewat dan bertanyakan tentang Lopis dengan Lepat Pisang. Saya berjanji untuk mengenepikan sediket Lepat untuk seorang adik yang mengatakan dia sudah dua hari terlewat datang membeli kuih ini.

Pada hari kesembilan ini KweMwe akan mula menjual di gerai kami Kuih Raya Tart Nenas, Makmur dan Biskut Kenari. Kepada anda yang berminat datanglah ke gerai kami. Kami hanya ada stok yang sediket sahaja and it is first come first serve. Malangnya pada bulan Ramadhan ini kita semua tidak dapat merasa kuih ini tetapi percayalah apabila anda menlihat kuih-kuih ini anda sendiri akan tahu yang pembuatanya berbeza, apatah lagi rasanya. Sudah hampir 4 bulan kami menjual kuih ini, habis laris. Karang saya nak cari label untuk tanda harga kuih-kuih ini, kedai buku ada jual kot.

Tak banyak berlaku pada hari kelapan jualan, suasana pun agak slow jugak pada hari itu. Pengunjung berkurangan tetapi regular kami tetap membeli juadah kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang telah memberi sokongan.

Sunday, August 7, 2011

Ketujuhan Hari Berniaga DiPasar Ramadhan

Sebelum saya terlupa ini dia gambar apron KweMwe. Lain sediket dari apron kebanyakan perniaga diPasar Ramadhan.




Berniaga pada hari Ahad dan juga Sabtu tidak saperti hari-hari berkerja (Isnin hingga Jumaat). Pasar Raya dan Shopping Komplex jadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu. Pengunjung diPasar Ramadhan agak berkurangan jika dibandingkan dengan hari berkerja. Walaupun begitu jualan kami dikira agak bagus juga. Ramai sudah kenal kuih hidangan kami jadi jualan tidaklah lembab sangat. Pada hari cuti saya kira ramai yang berbuka puasa diluar dan tidak dirumah. Pada hari berkerja disebabkan kesuntukan masa mungkin, pengunjung datang membeli-belah dipasar Ramadhan. This is just my observation, tengok minggu depan (Sabtu dan Ahad) macam mana.

Kalau semalam kami buat Jemput-jemput Pisang hari ini kami buat Ubi rebus dengan cicahnya sambal ikan bilis. Dipasar banyak ubi pagi tadi. Kami buat tak banyak hanya 12 packet sahaja tapi habis semua clear. Ada yang datang dan nampak ubi rebus terus they all beli. Ada yang kata pada hari-hari biasa payah nak cari ubi rebus dan hanya nasib-nasib dapat makan ubi rebus dengan cicah sambal ikan bilis. Tadi masa berbuka puasa adalah sikit kami tinggalkan dirumah. Makanlah, mungkin sebab dah lama tak makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis, aduh sedapnya rasa.

Laksa dan Soto memang licin dijual, Puteri 2Sebilik 176 ketul habis jual, Lepat clear, Gugus clear...banyak jugak yang clear hari ini.Ramai yang tidak tahu yang KweMwe mengedarkan kuih Puteri 2Sebilik, so bila dia orang baca flyer kami barulah semuanya tahu. Saya ada ambil gambar flyer kami, ini dia dibawah:



Mulai semalam kami tinggalkan sahaja kemah kami ditapak perniagaan. Ramai perniaga-perniaga yang berbuat demikian dan saya sudah mulai faham mengapa mereka buat begitu. Kalau kemah dibuka dan disimpan, tapak perniagaan kami akan dihalang oleh kereta yang diletakkan ditapak kami berniaga. Kalau kereta ini dialihkan tepat pada jam 4.00 petang setiap hari tidak menjadi masalah kepada kami yang berniaga disitu. Selalunya tuan punya kereta akan keluarkan kereta mereka setengah jam, sejam selepas had waktu yang ditetapkan. Pada perniaga yang mengejar masa half an hour or more makes a lot of difference, its make or break situation. Saya sayang tengok makanan kalau tidak habis dijual. It is not so much the money, ramai yang terpaksa berjimat untuk menyara keluarga. Bila tak habis terasa sayang rezeki membazir. Saya rasakan saya lebih rela memberi percuma kepada yang memerlukan. Bayangkan kalaulah dikumpulkan semua hidangan yang tidak habis dijual disemua Pasar Ramadhan dan diagih-agihkan kepada fakir miskin alangkan ianya lebih memberi menafaat. Fruit for thoughts....right?

Hari KeEnam Perniagaan

We started off with a bang pada hari keenam berniaga. Sebelum bawa kuih muih dan makanan keluar dari rumah KweMwe sudah dapat jualan sebanyak RM230.00 melalui pembelian beraneka jenis karipap, lepat dan pulut gugus beku, laksa dan soto dari rumah. Hari ini jugak kita launch flyer KweMwe dan ramai yang terperanjat bila kita katakan yang KweMwe boleh membekalkan karipap dan makanan lain secara beku. Ramai menunjukan minat and this sets me thinking. Selepas Raya Aidil Fitri I am going to launch my own LABEL of frozen food and expand the business to the people in the cold food business, the hypermarket and directly to consumers through our outlets. I hope to make this work with the rest of my partners.

Flyer yang kita buat is a good marketing tool, kita dapat menyebarkan maklumat tentang produk KweMwe. Pasar Ramadhan is a good platform and a poor mans way of promoting the product. Nothing to be ashamed of, if I have the money I would have promoted it in a more bigger scale but I am not complaining really. Bila kita buat sendiri kita tahu dimana salah silap kita.

Bila pergi pasar pagi ini ternampak banyak pisang yang sudah betul-betul masak. Pisang masak betul memang manis, so my wife buatkan Cekodok Pisang. Orang Selatan panggil Jemput-jemput Pisang. Siap pack dalam plastic and jual tadi. Habis semua. Simple food but homemade. Sedap sangat.

"You tak jual laksa uthara ke? bertanya seorang pengunjung. "Maaf Encik saya jual laksa selatan aje" jawapan saya secara seloka. We laugh.  Nice way to interact. Ada juga Mak Cik ni, naik basikal dan berenti depan gerai kami. Tanya harga kuih dan cakap "Oh mahalnya!" dan beredar. Ada juga yang berkata kuih kami cantik dan berkualiti. I guess it depends on how one wants to see it. I am beginning to see a lot of repeat customers which is a good sign comes to think of it.

Oh ye! Sebelum saya terlupa, hari ini secara resminya kami mengunakan apron KweMwe. Sebelah depan apron tertulis perkataan "KweMwe" dan di bawahnya ".blogspot.com" Simple and nice! Nanti besok saya upload gambarnya....heeeee! Good sale pada hari keenam alhamdullillah. Semua habis dijual melainkan tinggal 6 ketul Karipap Telur. Kami sedekahkan ke rumah anak yatim diKota Damansara ini. Cara ini akan menjadi amalan KweMwe sepanjang bulan ramadhan. Till tomorrrow then...wassalam.

Saturday, August 6, 2011

Hari Kelima Pasar Ramadhan

Sekali lagi tapak perniagaan kami dihalang oleh, kali ini, sebuah kereta canggih Mercedes Benz E Class. Tunggu lama sangat tak beralih-alih kereta mahal itu kami terpaksalah memasang kemah perniagaan jauh dari peniaga Ramadhan yang lain so sale pun droplah juga. I pray we have better luck today insyallah.

"Awak tak berniaga semalam ye" dua tiga orang pengunjung bertanya. Saya menjawab "Iye tak berniaga ada emergency semalam, minta maaflah ye. "Bila buat laksa dengan soto" ramai bertanya. Setiap Sabtu dan Ahad is Laksa and Soto day. Kalau nak makan Laksa asli guna ikan parang semata-mata dan Soto bergedil daging yang kaw....silalah ke gerai kami. Jamin sedap!.

Mulai hari kelima berniaga kami akan edarkan flyer KweMwe yang telah siap dicetak. Dalam check punya check ada juga kesilapan sikit dalam flyer itu. Harga Lepat Pisang Beku sepatutnya RM9.00 bukan RM7.00. Otherwise, for a start, the flyer is oklah......the design and colour is pleasing to the eye. I like it.

Mulai minggu depan kami akan menghidangkan satu lagi jenis karipap iaitu Karipap Sadin. Sedap dan sesuai untuk kanak-kanak. Begitu juga Karipap Telur tak pedas and elok untuk budak-budak. Orang yang berumur sediket suka Tepung Bawang sebab intinya diperbuat dari keledek dan bawang. Its a healthy food. Tembosa mengandungi daging, kentang dan berempah. Kesemua jenis karipap ini diklim kelilingnya dengan tangan tidak mengunakan mesin atau alat melipat karipap. Takes a lot of work to do this tapi inilah dia cara orang dulu-dulu membuatnya.

Itu sajalah dulu, petang ini karang is another day....and another milestone! Wassalam.

Thursday, August 4, 2011

Hari Keempat Pasar Ramadhan

Disebabkan sesuatu hal yang penting dan berbangkit secara tiba-tiba KweMwe tidak dapat berniaga hari ini. Kepada pengunjung yang mencari kami ditapak perniagaan kami di Seksyen 5, saya minta maaf, insyallah esok kami akan buka saperti biasa.

Kepada semua pembaca "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Hari ini dan berbuka sekejap lagi".

Hari Ketiga Pasar Ramadhan - Aneh!

Pada siangnya semua berjalan lancar setelah dua hari berniaga dan sebanyak sediket saya sudah mula dapat agak timing menyediakan kuih dan cara hendak memudahkan lagi penyediaan. Pukul 3.00 petang semua kuih muih kami sudah siap dan pada pukul 3.45 petang sebaik sahaja turun hendak masuk kereta hujan mula turun dengan lebatnya. Terpaksalah saya duduk ditangga menunggu hujan teduh sediket. Bila hujan reda saya terus ke Seksyen 5 dan punggah barang-barang dari kereta dalam hujan yang agak lebat jugak. Sudahlah basah kemah pula tidak boleh didirikan kerana ada kereta termakan parking ditapak perniagaan saya. Tunggu-tunggu tuan punya kereta tidak datang juga. Saya mengambil keputusan mendirikan juga kemah bersempit-sempit dengan jiran sebelah. Bukan senang menjadi penjaja Pasar Ramadhan.....kalau dulu saya tidak tahu perasaan hati budi penjaja sekarang saya faham. Maklumlah bila hujan tidak ramai pengunjung datang membeli. Walau demikian ada juga kuih kami yang habis dijual saperti Lopis, Karipap Telur Tembosa, Ketayap dan P2B yang hanya tingal 12 biji dari 80 yang dihidangkan.

Ada perkara aneh berlaku semalam. Seorang lelaki dengan anak-anak dia datang bergegas ke gerai saya dan terus membaca label kuih-muih yang tertulis diatas tudung bekas kuih. Dia membuka tudung kuih satu persatu dan apabila sampai ke Karipap Telur, yang kebetulan tinggal 10 sahaja, dia suruh kami bungkus semua. Saya bertanya samada dia pernah datang semalam atau hari sebelum, sebab saya tidak pernah nampak dia digerai saya sebelum ini. Tidak kata dia. Heran juga saya sebab cara dia memilih kuih macam saperti orang yang pernah membeli Karipap Telur atau pernah makan karipap itu. Curiousity kills the cat! Saya tanya lagi mana encik tahu kuih mana satu yang hendak dibeli. Dia kata dia tidak tahu tetapi isteri dia tahu. Rupa-rupanya isteri dia telah mendapat tahu tentang Karipap Telur melalui internet, tidak pasti samada melalui blog saya ini atau tidak, dan meminta suami dia pergi cepat ke tapak gerai saya untuk membeli semua Karipap Telur yang ada. Dalam hati kecil saya berkata, laku juga ye blog KweMwe aku ini.....hehehehe! Kalau benarlah begitu Puan yang tidak saya kenali.....my thanks and my appreciation yang ingin saya katakan melalui blog ini.

Otherwise, yesterdays  business was a bit slow and we did not make any profit. Well win some days and lose some. Adat berniaga No worries anyhow!

Tuesday, August 2, 2011

Hari KeDua Pasar Ramadhan

Apa yang dijangkakan tidak berlaku. Kalau semalamnya pelanggan berpusu-pusu membeli, hari ini lain pula. Nyata tidak ramai pengunjung hari ini tetapi gerai yang menjual kuih-kuih talam tutup awal. Semua kuihnya habis dijual. Puteri 2Sebilik habis 110 biji, semua jenis karipap baik telur, tembosa, tepung bawang line clear, lepat pisang dan pulut gugus pun clear tapi laksa, pengat, talam ubi ada  jugak tinggal. But the soto clear jugak. Saya belum dapat membaca aliran pengunjung ke tapak Ramadhan diSeksyen 5, tapi dihari kedua jelas kuih-muih memang boleh jalan, tetapi makanan agak slow sikit. So macam mana?

Nampaknya kena tukar strategi sikit dihari-hari berikut nanti. More of the kuih-muih yang specific, less of the makanan and pengat and so forth kena buat pada hari-harinya sahaja. Jelas jugak saya nampak pelanggan semalam datang lagi ke gerai saya pada hari kedua (repeat customer). Beli kuih yang sama dan mencuba kuih-kuih yang lain. Ada seorang warga emas yang telah membeli semua jenis karipap pada hari pertama, dia datang lagi hari ini dan membeli karipap dengan kuantiti yang lebih banyak. Ada keluarga yang datang dan mengatakan kuih Puteri 2Sebilik yang mereka beli semalam tak cukup, anak-anak dia bergaduh nak lagi. So dia datang hari ini and bought more. Walaupun my sale is down today tapi saya mula boleh nampak trend pembelian dan pemilihan pelanggan. How do I read the trend and come up with a saleable conclusion. I am not an expert in all these but I know what I'll will do. I'll put up my wet index finger to the wind and see which way the wind blows.......hahahaha! If it makes no sense to you who reads this post it makes no sense to me either. But thats how things are, you cannot make too much sense of it when you are senseless to predict or forcast as the strategist would want to coin it. "No worries" like my friend use to sms me whenever I am running late. It shall be sorted out I guess, one way or the other. No worries!

Liku-liku Hari Pertama Berniaga Pasar Ramadhan

Hari pertama menjalankan perniagaan Pasar Ramadhan macam-macam yang perlu dibuat. Persediaan untuk melengkapkan perniagaan perlu difikirkan. Saya sibuk membeli bekas kuih sebelum ini, mesti mengunakan yang bertutup, penyepit, tong sampah, beg kertas, beg plastik beraneka saiz dan jenis, kerusi, meja, alas meja, apron, kemah, dan semua alat kelengkapan yang diperlukan untuk menguruskan perniagaan saperti buku resit, pen, kertas, calculator, bisnes kad, flyers, kain pengelap meja, plastik, tisue, air...... oooh! semalah perlu difikirkan. Saya ingat mudah aje nanti sampai ditapak perniagaan saya bole buat semua itu. Mula-mula sekali saya terpaksa membuka kemah saya lambat sediket disebabkan ada kereta park ditapak saya. Rupanya pada bulan Ramadhan tuan punya kereta tidak dibenarkan meletakkan kereta mereka ditapak khas perniaga Ramadhan mulai jam 4.00 petang. Kereta boleh disitar oleh MBPJ atau ditarik.

Kita manalah tau semua ini so tunggulah sampai tuan punya kereta datang mengambil kereta mereka. Kali pertama dan hari pertama berniaga jadi semua tidak tahukan. Anyway a good lesson that needs to be learned. Start mulanya slow, pelanggan semua pergi kegerai sebelah yang menjual kuih jugak. Orang sebelah rupanya sudah lima tahun berniaga ditempat itu, Seksyen 5. Saya first time, orang yang bertahun-tahun mengungungi kawasan itu sudah kenal jiran sebelah saya. Nak buat macam mana duduk ajelah diam-diam. Ada seorang pelanggan tanya harga dah terus beredar dari tempat saya katanya mahal. Saya tidak tahu macam mana maksud dia mahal. Kuih yang saya jual memang tidak ada orang lain menjualnya disitu, kuih baru dan nama kuih pun baru. Ramai bertanya selepas setengah jam kami membuka kemah dan saya dan anak-anak melayan pertanyaan semuanya. Customer saya yang pertama sekali ialah satu couple dalam lingkungan umur 30han. Happy giler saya dapat menjual kuih pertama dari KweMwe siap bagi free kuih lagi. After the ice was broken kami sekeluarga tak cukup tangan melayan pembeli. Saya jangka boleh jual kuih Puteri Dua Sebilik barang 50 biji we sold 100. By tepat 6.50 petang gitu all the cakes were sold out, all laksa and soto johor gone, tembosa, tepung bawang, karipap telur, onde-onde, pengat pisang, lepat pisang, P2B...all except yang tinggal hanya 5 bekas talam ubi, cukup-cukup untuk buat kami berbuka puasa. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar akhirnya. We were all very tired but we are happy. Tidor pun awal.

Today is the 2nd day, we are going to increase the quantity of cakes just a bit more, not too much. We see how it goes today....insyallah.

Ini dia gambar bazar kami...biasa aje.