Hari pertama menjalankan perniagaan Pasar Ramadhan macam-macam yang perlu dibuat. Persediaan untuk melengkapkan perniagaan perlu difikirkan. Saya sibuk membeli bekas kuih sebelum ini, mesti mengunakan yang bertutup, penyepit, tong sampah, beg kertas, beg plastik beraneka saiz dan jenis, kerusi, meja, alas meja, apron, kemah, dan semua alat kelengkapan yang diperlukan untuk menguruskan perniagaan saperti buku resit, pen, kertas, calculator, bisnes kad, flyers, kain pengelap meja, plastik, tisue, air...... oooh! semalah perlu difikirkan. Saya ingat mudah aje nanti sampai ditapak perniagaan saya bole buat semua itu. Mula-mula sekali saya terpaksa membuka kemah saya lambat sediket disebabkan ada kereta park ditapak saya. Rupanya pada bulan Ramadhan tuan punya kereta tidak dibenarkan meletakkan kereta mereka ditapak khas perniaga Ramadhan mulai jam 4.00 petang. Kereta boleh disitar oleh MBPJ atau ditarik.
Kita manalah tau semua ini so tunggulah sampai tuan punya kereta datang mengambil kereta mereka. Kali pertama dan hari pertama berniaga jadi semua tidak tahukan. Anyway a good lesson that needs to be learned. Start mulanya slow, pelanggan semua pergi kegerai sebelah yang menjual kuih jugak. Orang sebelah rupanya sudah lima tahun berniaga ditempat itu, Seksyen 5. Saya first time, orang yang bertahun-tahun mengungungi kawasan itu sudah kenal jiran sebelah saya. Nak buat macam mana duduk ajelah diam-diam. Ada seorang pelanggan tanya harga dah terus beredar dari tempat saya katanya mahal. Saya tidak tahu macam mana maksud dia mahal. Kuih yang saya jual memang tidak ada orang lain menjualnya disitu, kuih baru dan nama kuih pun baru. Ramai bertanya selepas setengah jam kami membuka kemah dan saya dan anak-anak melayan pertanyaan semuanya. Customer saya yang pertama sekali ialah satu couple dalam lingkungan umur 30han. Happy giler saya dapat menjual kuih pertama dari KweMwe siap bagi free kuih lagi. After the ice was broken kami sekeluarga tak cukup tangan melayan pembeli. Saya jangka boleh jual kuih Puteri Dua Sebilik barang 50 biji we sold 100. By tepat 6.50 petang gitu all the cakes were sold out, all laksa and soto johor gone, tembosa, tepung bawang, karipap telur, onde-onde, pengat pisang, lepat pisang, P2B...all except yang tinggal hanya 5 bekas talam ubi, cukup-cukup untuk buat kami berbuka puasa. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar akhirnya. We were all very tired but we are happy. Tidor pun awal.
Today is the 2nd day, we are going to increase the quantity of cakes just a bit more, not too much. We see how it goes today....insyallah.
Ini dia gambar bazar kami...biasa aje.
Kuih Muih Melayu
Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.
Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.
KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment