Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Sunday, August 7, 2011

Ketujuhan Hari Berniaga DiPasar Ramadhan

Sebelum saya terlupa ini dia gambar apron KweMwe. Lain sediket dari apron kebanyakan perniaga diPasar Ramadhan.




Berniaga pada hari Ahad dan juga Sabtu tidak saperti hari-hari berkerja (Isnin hingga Jumaat). Pasar Raya dan Shopping Komplex jadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu. Pengunjung diPasar Ramadhan agak berkurangan jika dibandingkan dengan hari berkerja. Walaupun begitu jualan kami dikira agak bagus juga. Ramai sudah kenal kuih hidangan kami jadi jualan tidaklah lembab sangat. Pada hari cuti saya kira ramai yang berbuka puasa diluar dan tidak dirumah. Pada hari berkerja disebabkan kesuntukan masa mungkin, pengunjung datang membeli-belah dipasar Ramadhan. This is just my observation, tengok minggu depan (Sabtu dan Ahad) macam mana.

Kalau semalam kami buat Jemput-jemput Pisang hari ini kami buat Ubi rebus dengan cicahnya sambal ikan bilis. Dipasar banyak ubi pagi tadi. Kami buat tak banyak hanya 12 packet sahaja tapi habis semua clear. Ada yang datang dan nampak ubi rebus terus they all beli. Ada yang kata pada hari-hari biasa payah nak cari ubi rebus dan hanya nasib-nasib dapat makan ubi rebus dengan cicah sambal ikan bilis. Tadi masa berbuka puasa adalah sikit kami tinggalkan dirumah. Makanlah, mungkin sebab dah lama tak makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis, aduh sedapnya rasa.

Laksa dan Soto memang licin dijual, Puteri 2Sebilik 176 ketul habis jual, Lepat clear, Gugus clear...banyak jugak yang clear hari ini.Ramai yang tidak tahu yang KweMwe mengedarkan kuih Puteri 2Sebilik, so bila dia orang baca flyer kami barulah semuanya tahu. Saya ada ambil gambar flyer kami, ini dia dibawah:



Mulai semalam kami tinggalkan sahaja kemah kami ditapak perniagaan. Ramai perniaga-perniaga yang berbuat demikian dan saya sudah mulai faham mengapa mereka buat begitu. Kalau kemah dibuka dan disimpan, tapak perniagaan kami akan dihalang oleh kereta yang diletakkan ditapak kami berniaga. Kalau kereta ini dialihkan tepat pada jam 4.00 petang setiap hari tidak menjadi masalah kepada kami yang berniaga disitu. Selalunya tuan punya kereta akan keluarkan kereta mereka setengah jam, sejam selepas had waktu yang ditetapkan. Pada perniaga yang mengejar masa half an hour or more makes a lot of difference, its make or break situation. Saya sayang tengok makanan kalau tidak habis dijual. It is not so much the money, ramai yang terpaksa berjimat untuk menyara keluarga. Bila tak habis terasa sayang rezeki membazir. Saya rasakan saya lebih rela memberi percuma kepada yang memerlukan. Bayangkan kalaulah dikumpulkan semua hidangan yang tidak habis dijual disemua Pasar Ramadhan dan diagih-agihkan kepada fakir miskin alangkan ianya lebih memberi menafaat. Fruit for thoughts....right?

No comments:

Post a Comment