Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Wednesday, August 24, 2011

What Happen Tonight

Malam ini sekejap lagi Fudge Fruit Cake yang saya tempah sebanyak 45 biji akan sampai. Petang tadi saya pergi mengambil 115 balang Kuih Bangkit. Semua ini akan dijadikan hamper Hari Raya untuk diagih-agihkan kepada mak kanak-kanak. So besok balik semula b.....zzzy menyiapkan hamper pulak. Tambah pulak dengan 20 kotak Soto, 10 kotak Laksa, 90 Puteri, 10 Tembosa dan 10 Tepung Bawang bergoreng yang telah ditempah. Walaupun tak menjual dibazar Ramadhan kami tetap sibuk dirumah menyiapkan tempahan. This the the life of a cake seller and I am one.....:-).
Fudge Fruit Cake yang saya oder dah sampai tadi pukul 11.30 malam.  Jenuh menggankut naik tangga ke Tingkat 1. Bayangkanlah satu kek seberat 1.5kgs x 45 ketul....berpeluh jugaklah mengangkat. At midnight mandi sekali lagi.....now dah segar. Kena secawan nescafe black sah lambat tidur......huhuhu!

Semua perencah untuk Soto dan Laksa sudah siap diplastikkan. Besok cuma siapkan kuahnya aje...kuah Soto dah buat fresh besok pagi panaskan. I'll get some photos of the Fudge Fruit Cake tomorrow and post again. Oh that remind me, got to get some shrink wrap to balut the cake. First thing tomorrow then.

Tu aje lah nampaknya. Nak main my FB game kejap...Mafia Wars, sambil-sambil tu nak intai tengok Just For Laugh on Youtube. Remember to smile always.....cos the whole world shall then smile with you. In my case I just laugh out loud.....hahahahaha!

Nite everyone.

No comments:

Post a Comment