Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Saturday, August 6, 2011

Hari Kelima Pasar Ramadhan

Sekali lagi tapak perniagaan kami dihalang oleh, kali ini, sebuah kereta canggih Mercedes Benz E Class. Tunggu lama sangat tak beralih-alih kereta mahal itu kami terpaksalah memasang kemah perniagaan jauh dari peniaga Ramadhan yang lain so sale pun droplah juga. I pray we have better luck today insyallah.

"Awak tak berniaga semalam ye" dua tiga orang pengunjung bertanya. Saya menjawab "Iye tak berniaga ada emergency semalam, minta maaflah ye. "Bila buat laksa dengan soto" ramai bertanya. Setiap Sabtu dan Ahad is Laksa and Soto day. Kalau nak makan Laksa asli guna ikan parang semata-mata dan Soto bergedil daging yang kaw....silalah ke gerai kami. Jamin sedap!.

Mulai hari kelima berniaga kami akan edarkan flyer KweMwe yang telah siap dicetak. Dalam check punya check ada juga kesilapan sikit dalam flyer itu. Harga Lepat Pisang Beku sepatutnya RM9.00 bukan RM7.00. Otherwise, for a start, the flyer is oklah......the design and colour is pleasing to the eye. I like it.

Mulai minggu depan kami akan menghidangkan satu lagi jenis karipap iaitu Karipap Sadin. Sedap dan sesuai untuk kanak-kanak. Begitu juga Karipap Telur tak pedas and elok untuk budak-budak. Orang yang berumur sediket suka Tepung Bawang sebab intinya diperbuat dari keledek dan bawang. Its a healthy food. Tembosa mengandungi daging, kentang dan berempah. Kesemua jenis karipap ini diklim kelilingnya dengan tangan tidak mengunakan mesin atau alat melipat karipap. Takes a lot of work to do this tapi inilah dia cara orang dulu-dulu membuatnya.

Itu sajalah dulu, petang ini karang is another day....and another milestone! Wassalam.

No comments:

Post a Comment