Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Monday, August 15, 2011

Hari KeLimabelas Kita Berpuasa

Saya sibuk menghabiskan masa membuat kerja-kerja sendiri menyelesaikan urusan perbankan semasa cuti berniaga ini. Cuci kereta dan vacuum, kemaskan kuih Raya untuk hantaran kepada "dealer" saya dan membuat persiapan untuk berbuka puasa diluar nanti. JM Bariani Puchong juga ada membuat oder  untuk 4 kotak kuah Laksa beku so sekali jalan karang saya akan menghantarkan nya. Cuti tapi sibuk jugak rupanya...tak bole rehat like lepak abis pun. Kena juga buat kerja...but gitulah kerja penjual kuih seharian. Insyallah nanti bila kami dan berkembang, tugasan saya harap akan berkurangan bila ada supporting staff.

Dalam bisnes saya yakin benar dengan konsep "hands on". Saya membuat semua kerja dari sekecil-kecilnya hinggalah kesebesar-besarnya. Dengan cara begitu saya akan tahu setiap selok belok perniagaan saya dan ianya adalah satu pengalaman yang akan membantu kelak. So right now saya penat but I am learning constantly.

Fudge Fruit Cake yang saya oder sebanyak 45 biji. Moist, sedap and surprisingly not at all sweet. Cara best memakanya ialah dengan  memotong kuih ini sebesar citarasa dan top it dengan vanilla ice cream....wow! Best man! Ada customer oder kuih ini dan saya mesti menghantarnya pada 24hb Ogos ini. DiPasar Besar Taman Tun Dr. Ismail kedai kek disana, kuih ini dijual dengan harga RM75.00 untuk seberat 1.2 kilo. Fudge kami ini seberat 1.5 kilo dijual dengan harga istimewa RM65.00 sebiji untuk bulan Ramadhan ini.

Fudge Fruit Cake. Gambar diambil dengan mengunakan Kamera Blackberry Phone

Banyak fruits dalamnya and like everything else this is so nice.

Tu aje kot hari ini. Nak keluar collect duit pun ye ni .....huhuhu! Money don't make me dizzy but it keep me going. Take care all you people out there ok.....Selamat Berbuka nanti insyallah.

No comments:

Post a Comment