Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Sunday, August 14, 2011

The Thirteenth Day

Hari Sabtu ini adalah hari yang paling mencabar, juga untuk isteri saya. Begedil yang kami buat semalam dan bekukan untuk digoreng pagi ini rosak. Bila bangun sahur semalam kami mengoreng dua tiga ketul bergedil untuk mencubanya. Isi kentang campuran daging rasa masam sediket disebabkan sesuatu. No choice but to throw away 170 plus Begedil. Sayang rezeki tapi nak buat macam mana. We cannot sell it, just not right. So pagi Sabtu kena beli kentang lagi dan buat semula Begedil. Itu yang buat semua orang letih dan letak....

Hari Sabtu kami membuat 34 paket Laksa dan 40 paket Soto, 100 Puteri Dua Sebilik, 20 Lopis, 30 Tembosa, 20 Tepung Bawang, 20 Karipap Telur, 20 paket Begerdil dan 20 Lepat Pisang termasuklah kuih-kuih Raya. Yang membuat tempahan pun ramai untuk Puteri, Soto dan Laksa. Sebab satu pun tiada tinggal dirumah saya ketepikan 4 paket Soto dan 1 paket Laksa untuk kami berbuka puasa. Anak saya kata kuih Soto tawar sikit, which is true, almaklumlah bulan puasa tak dapt nak rasa. Tapi kalu campurkan Cili Kicap dalam kuah Soto...its ok I guess.

Kuah Laksa yang sudah disiapkan pagi semalam. Didapur kami untuk semasa penyediaan untuk dimasukkan dalam beg plastik. 
Begerdil yang baru dibuat semula, siap digoreng, disejukkan dahulu sebelum dipaketkan
Bila nak keluar rumah ke gerai hujan mula turun. Sampai digerai hujan sudah lebat...so basah. Set up the tent, sediakan juga semua hidangan and waited for the customers. Hujan lebat saya jangka tidak ramai orang akan mengunjung but you know what? Hari Sabtu tadi merupakan the best sale so far in the month of Ramadhan. We "ding dong" I told my children and they can't wait to know how much our sale really was. Ada seorang pembeli bangsa Cina membeli begedil kami dan meninggal tip sebanyak RM10.00. Saya menawarkan hendak memberi dia kuih-muih yang lain tapi dia berkata tidak apa. Hadian sempena bulan Ramadhan kata dia. What can I say......rezeki dari Allah! So penat ..balik mandi sebab basah dek hujan, berbuka puasa dan pada pukul 8.00 malam saya sudah berdengkur agaknya. Ramai yang datang lewat tidak dapat membeli kuih Puteri. Ada yang datang dari Puchong untuk membeli kuih Puteri yang emak dia menyuruh dia membeli. Siap talipon saya untuk bertanya arah. Terima kasih Puan Ros diatas your recommendation. Cik Dilla dan Cik Ita datang jauh dari Cheras untuk membeli Soto kami. Terima kasih kepada anda yang datang jauh-jauh tadi. Hope you enjoy our cakes....Thank you!

P/S: Ooh semalam pegawai dari Kementerian Kesihatan kot datang melawat gerai dan ambil sample hand swap. Nak test kat lab tengok my hands ada bacteria berbahaya ke tidak heeeeee! We have our hand sanitizer always on our table......no worries!

No comments:

Post a Comment