Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Sunday, August 21, 2011

21st Day

Sibuk update blog ini tadi terlupa Lopis and Lepat Pisang tengah dikukus. Cabut kejap tadi angkat and tutupkan api. Biar dia sejuk siket before campurkan kelapa pada Lopis. Got to do work now will come back later.

Sale semalam agak slow. Selalunya hari Sabtu dan Ahad memang agak slow disebabkan semua orang cuti hujung minggu dan masa cutilah hari untuk mereka pergi membeli belah, berbuka puasa di restoran atau masa kelapangan itu digunakan untuk memasak sendiri dirumah. Jika anda semua ingin membuka Pasar Ramadhan tahun depan anda mungkin mahu mengambil kira perkara ini. Walau bagaimana pun jualan Laksa 20 paket dan Soto 20 paket semuanya habis. Tinggal hanyalah berberapa ketul karipap.

Setiap hujung minggu  saya perhatikan ada seorang wanita dengan anak perempuan dia akan datang kegerai kami dan membeli bermacam-macam jenis kuih termasuk Laksa dan Soto. Bila ditanya semalam rupanya wanita itu tinggal diBukit Jelutong, jauh dari Kota Damansara. Kadang-kadang kalau saya terlambat buka gerai dia akan call dan bertanya samada saya berniaga atau tidak. Salah sorang peminat setia kuih muih kami yang datang dari jauh untuk membeli.

Saya memberitahu semua pelanggan yang datang membeli semalam bahawa hari Isnin ini merupakan hari terakhir kami berniaga. Mulai hari Selasa KweMwe akan tutup gerai hingglah ke hari kesepuluh selepas Raya kami akan menjalankan perniagaan saperti biasa. So ada warga emas ini yang setelah membeli dan diberitahu tentang penutupan ke esokan harinya dia pun berkata "Oh you tutup ke. Oklah Selamat Hari Raya.......kuih awak memang sedaaaaaaap!" sambil mengangkat ibu jari kanan menandakan approval. Huhuhuhu.....teruja tuuu! Thanks lah abang! Selamat Berhari Raya kepada abang dan keluarga.

Saya rasa Yasir duduk diKota Damansara sebab semalam anak saya nampak dia dengan isteri dan anak diSeksyen 5. Dengar cerita even Roshyam Noor pun duduk diKota Damansara...hmmmm!

Last but not least besok KweMwe Enterprise tidak berniaga lagi di Seksyen 5. Kami tutup. Kepada anda yang ingin membeli silalah buat tempahan melalui talipon bimbit saya sehari sebelum tarikh anda menghendaki tempahan itu. So sehingga disini dulu.....kita sambung dilain hari. Oh by the way cara abang tu buat tanda menunjukkan approval dia untuk kuih muih kami ini dia dibawah ini.....caranya....

Haaa..macam nilah abang tu buat......have a nice day everyone!

No comments:

Post a Comment