Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Tuesday, August 16, 2011

KeEnambelas Pasar Ramadhan

Setelah bercuti semalam hari ini kami mula berniaga lagi. Saya sedang mengukus Lopis dan Lepat Pisang sekarang. Selepas jam 12 tengah hari kami akan mula mengoreng semua jenis karipap dan menyediakanya untuk dibawa ke gerai Ramadhan kami. Semalam sambil-sambil cuti saya sudah mengisi air gula melaka untuk Lopis dalam beg plastik kecil termasuklah bawang goreng, sambal belacan dan sos Kicap Cili dan meletakkan didalam peti ais. Prepare siang-siang senang tak banyak kerja nanti bila nak guna kan? Ok sehingga disini dulu nak sambung kerja, will post again later tonight. A new day and a new experience....

Berniaga tadi agak slow tak ramai pembeli. Mungkin disebabkan besok Selangor cuti Nuzul Quran. Wilayah Persekutuan berkerja saperti biasa. So ramai yang mengambil kesempatan berbuka diluar atau mereka yang kampung  halaman berdekatan dengan KL balik kekampung mereka. Tinggal hanya 2 minggu sebelum Aidil Fitri so saya jangka perniagaan besok akan slow jugak. Ramai orang Selangor yang bercuti akan pergi membeli belah..kenapa? Sebab semua kakitangan kerajaan sudah menerima bonus mereka so I reckon KL city will be jam packed with shoppers buying for Raya. That is bad for people like me at the Pasar Ramadhan. Funny kan! Bila berniaga, hal-hal saperti hari cuti, perayaan, kekecohan dsbnya, semuanya menjadi faktor yang mesti diambil kira. Tak kira peniaga besar atau kecil and especially so if you are in the F & B business, you have to be acutely aware of days that will have a profound effect on your line of business. Sesiapa yang menjual pakaian they will have a hay day. With bonus comes their bonanza.....jeles you! Oh well.

Saya dapat menjual banyak kuih Raya saperti Tart, Makmur, Kenari, Almond Crunchy dan Choc Almond tadi, nearly RM380.00 worth tidak termasuk jualan yang lain-lainya. So despite being a slow day my jualan was not bad really 'cept that ada berberapa ketul jenis karipap yang tidak habis dijual. Kita dadarkan kepada semua penjaja Pasar Ramadhan, bagi sorang siket. I bagi karipap and yang menjual air tebu bagi kami their air tebu....an exchange of sort. Nice is'nt it! Bila jualan habis semua all of us smile and bila jualan tak habis jual kita smile jugak and exchange. We take it in our stride..the good and the bad! So thats it for the day...nite and sweet dream all. Jangan lupa bersahur dan niat berpuasa esok. Wassalam!

No comments:

Post a Comment