Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Sunday, August 7, 2011

Hari KeEnam Perniagaan

We started off with a bang pada hari keenam berniaga. Sebelum bawa kuih muih dan makanan keluar dari rumah KweMwe sudah dapat jualan sebanyak RM230.00 melalui pembelian beraneka jenis karipap, lepat dan pulut gugus beku, laksa dan soto dari rumah. Hari ini jugak kita launch flyer KweMwe dan ramai yang terperanjat bila kita katakan yang KweMwe boleh membekalkan karipap dan makanan lain secara beku. Ramai menunjukan minat and this sets me thinking. Selepas Raya Aidil Fitri I am going to launch my own LABEL of frozen food and expand the business to the people in the cold food business, the hypermarket and directly to consumers through our outlets. I hope to make this work with the rest of my partners.

Flyer yang kita buat is a good marketing tool, kita dapat menyebarkan maklumat tentang produk KweMwe. Pasar Ramadhan is a good platform and a poor mans way of promoting the product. Nothing to be ashamed of, if I have the money I would have promoted it in a more bigger scale but I am not complaining really. Bila kita buat sendiri kita tahu dimana salah silap kita.

Bila pergi pasar pagi ini ternampak banyak pisang yang sudah betul-betul masak. Pisang masak betul memang manis, so my wife buatkan Cekodok Pisang. Orang Selatan panggil Jemput-jemput Pisang. Siap pack dalam plastic and jual tadi. Habis semua. Simple food but homemade. Sedap sangat.

"You tak jual laksa uthara ke? bertanya seorang pengunjung. "Maaf Encik saya jual laksa selatan aje" jawapan saya secara seloka. We laugh.  Nice way to interact. Ada juga Mak Cik ni, naik basikal dan berenti depan gerai kami. Tanya harga kuih dan cakap "Oh mahalnya!" dan beredar. Ada juga yang berkata kuih kami cantik dan berkualiti. I guess it depends on how one wants to see it. I am beginning to see a lot of repeat customers which is a good sign comes to think of it.

Oh ye! Sebelum saya terlupa, hari ini secara resminya kami mengunakan apron KweMwe. Sebelah depan apron tertulis perkataan "KweMwe" dan di bawahnya ".blogspot.com" Simple and nice! Nanti besok saya upload gambarnya....heeeee! Good sale pada hari keenam alhamdullillah. Semua habis dijual melainkan tinggal 6 ketul Karipap Telur. Kami sedekahkan ke rumah anak yatim diKota Damansara ini. Cara ini akan menjadi amalan KweMwe sepanjang bulan ramadhan. Till tomorrrow then...wassalam.

No comments:

Post a Comment