Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Tuesday, August 9, 2011

Hari KeLapan

Walaupun habis semua juadah dijual hari ini pendapatan kami agak rendah disebabkan tidak banyak jenis yang dihidangkan. Stok Lopis sudah habis kesemuanya begitu juga Pulut Gugus yang sudah kehabisan. Ada pengunjung yang datang lewat dan bertanyakan tentang Lopis dengan Lepat Pisang. Saya berjanji untuk mengenepikan sediket Lepat untuk seorang adik yang mengatakan dia sudah dua hari terlewat datang membeli kuih ini.

Pada hari kesembilan ini KweMwe akan mula menjual di gerai kami Kuih Raya Tart Nenas, Makmur dan Biskut Kenari. Kepada anda yang berminat datanglah ke gerai kami. Kami hanya ada stok yang sediket sahaja and it is first come first serve. Malangnya pada bulan Ramadhan ini kita semua tidak dapat merasa kuih ini tetapi percayalah apabila anda menlihat kuih-kuih ini anda sendiri akan tahu yang pembuatanya berbeza, apatah lagi rasanya. Sudah hampir 4 bulan kami menjual kuih ini, habis laris. Karang saya nak cari label untuk tanda harga kuih-kuih ini, kedai buku ada jual kot.

Tak banyak berlaku pada hari kelapan jualan, suasana pun agak slow jugak pada hari itu. Pengunjung berkurangan tetapi regular kami tetap membeli juadah kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang telah memberi sokongan.

No comments:

Post a Comment