Pada siangnya semua berjalan lancar setelah dua hari berniaga dan sebanyak sediket saya sudah mula dapat agak timing menyediakan kuih dan cara hendak memudahkan lagi penyediaan. Pukul 3.00 petang semua kuih muih kami sudah siap dan pada pukul 3.45 petang sebaik sahaja turun hendak masuk kereta hujan mula turun dengan lebatnya. Terpaksalah saya duduk ditangga menunggu hujan teduh sediket. Bila hujan reda saya terus ke Seksyen 5 dan punggah barang-barang dari kereta dalam hujan yang agak lebat jugak. Sudahlah basah kemah pula tidak boleh didirikan kerana ada kereta termakan parking ditapak perniagaan saya. Tunggu-tunggu tuan punya kereta tidak datang juga. Saya mengambil keputusan mendirikan juga kemah bersempit-sempit dengan jiran sebelah. Bukan senang menjadi penjaja Pasar Ramadhan.....kalau dulu saya tidak tahu perasaan hati budi penjaja sekarang saya faham. Maklumlah bila hujan tidak ramai pengunjung datang membeli. Walau demikian ada juga kuih kami yang habis dijual saperti Lopis, Karipap Telur Tembosa, Ketayap dan P2B yang hanya tingal 12 biji dari 80 yang dihidangkan.
Ada perkara aneh berlaku semalam. Seorang lelaki dengan anak-anak dia datang bergegas ke gerai saya dan terus membaca label kuih-muih yang tertulis diatas tudung bekas kuih. Dia membuka tudung kuih satu persatu dan apabila sampai ke Karipap Telur, yang kebetulan tinggal 10 sahaja, dia suruh kami bungkus semua. Saya bertanya samada dia pernah datang semalam atau hari sebelum, sebab saya tidak pernah nampak dia digerai saya sebelum ini. Tidak kata dia. Heran juga saya sebab cara dia memilih kuih macam saperti orang yang pernah membeli Karipap Telur atau pernah makan karipap itu. Curiousity kills the cat! Saya tanya lagi mana encik tahu kuih mana satu yang hendak dibeli. Dia kata dia tidak tahu tetapi isteri dia tahu. Rupa-rupanya isteri dia telah mendapat tahu tentang Karipap Telur melalui internet, tidak pasti samada melalui blog saya ini atau tidak, dan meminta suami dia pergi cepat ke tapak gerai saya untuk membeli semua Karipap Telur yang ada. Dalam hati kecil saya berkata, laku juga ye blog KweMwe aku ini.....hehehehe! Kalau benarlah begitu Puan yang tidak saya kenali.....my thanks and my appreciation yang ingin saya katakan melalui blog ini.
Otherwise, yesterdays business was a bit slow and we did not make any profit. Well win some days and lose some. Adat berniaga No worries anyhow!
Kuih Muih Melayu
Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.
Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.
KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.
No comments:
Post a Comment