Persediaan untuk Soto. |
Kuih Muih Melayu
Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.
Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.
KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.
Friday, August 19, 2011
Berniaga Hari KeSembilanbelas
Hari ini ada Laksa Johor dan Soto. Puan Afifah telah memesan 100 ketul Tembosa bergoreng, 10 Lopis beku dan 20 Bergedil beku. Karang dia datang ambil digerai. Puan Lin memesan 80 Puteri Dua Sebilik dan besok ada lagi yang membuat tempahan. So jualan luar dari gerai is picking up and I could'nt be happier.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment