Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Thursday, March 31, 2011

Jualan Pertama Biskut Kenari

Saya dapat tempahan dan jualan pertama Biskut Kenari semalam. Apa rasanya...seronok. Kenapa? Feedback dari Puan yang membelinya mengatakan biskut itu sedap dan rasanya lain sekali. Baguslah...she is happy and I am happy too. Bukan kerana untung sangat ..tidak. I am passionate about the kuih I sell....bila customer kata sedap, thats makes my day. So cubalah Biskut Kenari ini, memang payah dapat kat KL ni. You will not regreat buying it.

Monday, March 28, 2011

Biskut Kenari Payah DiCari

Biskut Kenari adalah satu jenis pastri atau cookies yang namanya jarang didengari disebut-sebut orang apa tah lagi merasanya. Biskut ini sedap, rangup (crispy) dalam istilah bahasa Inggeris, tidaklah terlalu manis. Biskut ini ditaburi dengan banyak badam yang garing, dihiris halus dan sebagai inti biskut ini ia meninggalkan perasa "strawberry" setelah kita mengunyahnya. Payah dan jarang boleh diperolehi biskut ini dan ramuanya semua jenis yang istimewa. Kami sedia menerima tempahan buat masa ini dan sekiranya kami kehabisan stok bekalan akan dibuat seminggu selepas kami menerima tempahan. Untuk mencuba...hubungi kami cepat! Siapa cepat dia dapat. Dibawah ini kami sediakan gambar biskut ini.
Pembekalan dibuat dalam 2 bentuk. Dalam botol mengandungi  50 atau lebih ketul atau didalam casing plastik mengandungi 32 ketul. Semua harga ada tercatit didalam Senarai Harga Kuih-kuih kami.

Friday, March 25, 2011

Bergedil Cicah Sos Kicap Cili Padi....Berdesing Sedaaaap!

Kami baru saja launch bergedil beku untuk dimakan dengan soto yang kami sediakan. Baru-baru ini saya menerima tempahan bergedil beku sahaja tanpa kuah soto. Bergedil yang mengandungi kentang dan daging digoreng dahulu sebelum dibekukan. Jika dimakan dengan sos kicap bercampur cili padi dan bahan-bahan lain ia tentu sekali berdesing pedas....tapi mesti sedap.

Apa yang anda perlu buat ialah keluarkan bergedil beku dari paket, panaskan dalam kuali leper dengan sediket minyak sahaja (grill) sehingga kulit luar bergedil menjadi seakan garing, biarkan atas tisu untuk meresap minyak yang berlebihan dan hidangkan dalam pinggan. Isikan sos kicap cili padi dalam mangkuk kecik, cicah dan ngaaap! Beautiful, delicious tak sedar 10 ketul habis sekali duduk. That's how good it is. Try it to believe.

Monday, March 21, 2011

Habis Di Jual

Tart Nenas sudah habis semua dijual. 20 balang semua dah clear. Saya akan membawa naik lagi Tart pada minggu depan sebanyak 30 balang, sample Kuih Makmur 1 balang dan sample Biskut Kenari ( tersangat sedap) 1 balang. Biskut ini payah dapat di KL ni. Siapa nak rasa Kuih Makmur dan Biskut Kenari boleh hubungi saya. Kita jumpa di Giant, Kota Damansara dan saya bagi rasa. Kalau siapa tahu rumah saya....datang saja kerumah.

Saturday, March 19, 2011

Pagi Sabtu 19 Mac 11.

Pagi ini saya bangun nak hantar kuih kepada orang yang membuat pesanan saya perasan yang cuaca terasa sejuk dan kawasan sekeliling semacam berkabus. Sedap rasa memandu pagi-pagi, kereta pun tak banyak. Setelah habis menghantar kuih saya masih boleh nampak kabus menyelubungi pemandangan saya sedangkan matahari sudah mula kuat.

       Wonder if it is "Fog or Smog".....emmmm!

Friday, March 11, 2011

Tart Nenas Tinggal 8 Balang...Cuba dan rasa!

Dari 20 balang Tart Nenas yang dibawa naik dari Johor Baru Ahad lepas yang tinggal hanya 8 balang. Kebanyakan sudah dijual dan alhamdullillah nampaknya sambutan tart teristimewa ini sangat menggalakkan. 50 biji dalam satu balang dengan harga RM30.00 amat murah. Sebiji hanya RM0.60. Ada Tart Nenas dijual dengan harga RM26.00 untuk 36 biji. Ini bermakna harga sebiji adalah RM0.72. Tart ini lebih kecil dan jam nenasnya tidaklah begitu banyak berbanding dengan jam yang terdapat pada tart kami.

Kami akan membawa naik lagi Tart Nenas tetapi harga jualan adalah RM35.00 sebalang untuk bekalan akan datang. Harga sebiji jatuh kepada RM0.70 berbanding dengan RM0.72 yang dijual oleh pembekal lain. Pada yang berminat silalah buat tempahan. Tart Nenas kami memang sedap. Cuba ....dan rasa!

Tuesday, March 8, 2011

Kuih Makmur Dalamnya Kacang


Satu lagi kuih yang akan saya bawa naik dari Johor Baru ialah Kuih Makmur. Diacukan berbentuk kulit kerang kuih ini juga sedap dan tidak terlalu manis. Kalau ingin mencuba...silalah.

Makmur kami besar dan sangat rangup. It simply melts in your mouth.....beautiful! Satu botol mengandungi 50 ketul yang pasti menjilat jari.

Kek Carot Murah Dan Sedap


Saya sudah makan kek ini, memang sedap dan lembut dan cukup lembabnya. Terasa carot yang di hiris besar sadiket semasa kita mengunyah kek ini. Lovely I like this!


Sunday, March 6, 2011

Promosi Tart Nenas Dari Johor Baru

Saya sudah pun membuat pesanan sebanyak 20 balang Tart Nenas yang sangat lazat dari Johor Baru yang akan sampai pada malam Ahad ini. Sekiranya tidak ianya akan sampai pada hari Isnin 7 Mac.

Ini adalah ulung kali saya membawa tart ini naik dari Johor dan untuk 20 balang yang pertama sebagai promosi saya menjualnya dengan harga RM30.00 satu balang yang mengandungi 50 biji Tart Nenas yang sangat sedap. Selepas habis 20 balang ini harga biasa jualan ialah RM35.00 sebalang.

Kalau anda ingin merasa....cept! Buat tempahan dan saya yakin anda tidak akan menyesal. So...apa lagi...jommm! Nak tengok gambar lihat saja di bawah posting Tart Nenas.

Friday, March 4, 2011

Sebatang Rokok Bukan Sekotak

Sekian lama aku memerhatikan tingkah lakunya dari dalam kereta. Dia maju kehadapan seolah-olah berani tetapi pada saat-saat akhir dia berundur semula kedalam kegelapan senja. Dia berdiri tafakur sejenak memikirkan apa, aku tidak tahu, dan sekali lagi maju hampir kemeja di luar restoran seolah-olah hendak mendapatkan perhatian pelanggan yang duduk makan dimeja hujung itu. Kehadiranya tidak diendahkan dan sekali lagi dia berundur kedalam kegelapan malam berdiri di celah-celah kereta yang berderet di tepi jalan. Berkali-kali dia maju ke hadapan dan berkali-kali dia berundur dengan hampa kerana hasratnya tidak kesampian. Aku keluar dari kereta dan tanpa memandang kearah dia yang berdiri ditepi kereta, aku naik ke restoran dan minta sekotak rokok dan mancis. Sudah lama aku berhenti merokok, lebih dari sepuluh tahun dan aku tidak tahu berapa harga sekotak rokok dan jenama apa yang elok aku beli. Aku ambil saja apa yang tawarkan oleh budak yang menjaga kaunter dalam restoran itu dan bebekalkan rokok dan mancis aku turun tangga ditepi jalan hendak menyerahkan apa yang aku beli kepada warga India yang tidak berbaju dan berseluar pendek yang lusuh tadi. Dia sudah tiada disitu lagi. Hilang tidak kelihatan.

Dalam keadaan cemas aku berpaling ke kiri dan ke kanan mencari dia. Sempat juga, aku ternampak dia sedang berjalan pantas memusing ke simpang di hujung deretan kedai. Aku terus ke kereta yang terletak di seberang jalan hidupkan enjin dan memandu mencari dia. Setelah membuat pusingan di simpangan dan membuat pusingan "U" semula aku bertemu dengan dia. Setelah aku menghampiri dia aku turunkan cermin kereta dan berteriak. Dengan mata yang seolah-olah hairan dia mendekati kereta aku. Aku hulurkan tangan untuk memberi dia rokok dan mancis yang aku beli tadi. Dia memegang rokok dan mancis itu sebentar dan memulangkan balik semuanya. Dia tidak mahu menerima pemberian aku. Sekali lagi aku menyorongkan hadian itu dan begitu juga dia terus menolak pemberian itu. Dia mahukan sebatang rokok dan bukan sekotak. Sekian lama kami berpandangan, dia kemudian menunjukkan empat jari kanan dia. Aku menyelok kocek dan keluarkan 4 ringgit dan menghulurkannya. Duit itu diterima dan dia terus beredar dari tepi kereta aku.

Sehingga kehari ini rokok dan mancis itu ada didalam kereta aku tanpa dibuka. Ianya menjadi ingatan kepada aku yang ada hamba walaupun kita fikirkan kurang siuman tetapi mulia dari kehendak dia. Sebatang bererti sebatang dan tidak sekotak. Empat ringgit yang diperlukan empat ringgit dipinta. Sekadar hajat yang dia mahu dan banyak itulah mencukupi buat dia pada hari itu. Kalau kita macam mana?

Thursday, March 3, 2011

Masalah Pembekalan Kuih Tart Nenas

Khusus kepada Puan Linda dari D'Rimba Damansara, kami minta maaf kerana tidak dapat memenuhi tempahan Puan untuk 2 balang Kuih Tart Nenas dalam minggu ini disebabkan timbul masalah tentang penghantaran kuih ini dari Johor Baru. Oleh kerana Tart Nenas merupakan salah satu hidangan baru kami, terdapat sediket masalah komunikasi diantara pembekal dengan kami. Saya tidak dapat menghubungi Puan melalui telefon bimbit disebabkan saya terpadam numbor Puan tempoh hari. Sekali lagi harap maaf Puan. Kalau boleh silalah Puan hubungi kami semula. Thanks!

Tak Tau Apa Nama Hidangan ini

Semalam 2 Mac saya ada membuat komen tentang hidangan ini. Rupa-rupanya pulut yang berkukus ini perlu digaul dengan santan dan durian sebelum dimakan. Saya hanya gaul dengan santan sahaja sebab durianya sudah habis saya makan sebelumnya.....hahaha! So macam kata pepatah bahasa Inggeris "Back to the drawing board". Kena cuba sekali lagi.

Terima Kasih 3hb Mac 2011

Dr. Yazid   -  Terima kasih di atas pesanan Doc untuk tempahan pada 28 Feb, 1 Mac dan pagi ini 3 Mac Karipap Telur sebanyak 80 biji. If you want to order more in the future, just give me a tinkle Doc.

Puan Ros - Tempahan Puan untuk 7 Mac 120 biji Kuih Puteri Dua Sebilik dan 2 Balang Kuih Bangkit akan kami hantar ke UPM nanti, insyallah. Rasa dulu Kuih Bangkit kami....sedaap! Puan tahu dimana mau mencari kami. Terima kasih Puan.

Wednesday, March 2, 2011

Tak Tau Apa Nama Hidangan Ini


Ada orang menghantar hidangan ini kerumah suruh kami merasa. Saya makan sekejap ini tadi dan saya rasa hidangan ini perlu diolah secukupnya lagi sebelum ianya dihidangkan semula. Saya habiskan makan pulut yang dikukus ini dengan serunding saja, sayang hendak membazir.


Tuesday, March 1, 2011

Dr. Yazid...Terima Kasih

Pagi-pagi lagi sudah mengoreng 110 biji Tembosa untuk tempahan Dr. Yazid yang mahu menghidangkan pastri ini untuk jamuan pejabat. Semalam beliau buat tempahan untuk 90 biji kuih Puteri Dua Sebilik dan lusa kami akan mengoreng 110 Karipap Telur untuk beliau jugak. Thanks Doc.

Tembosa yang sudah siap digoreng. Selepas sahaja gambar ini diambil kamera saya terus rosak. Hmmm...hari itu lens 18 - 200 rosak kali ini kamera pulak. Adeeeh!

Kuih Lapis Sarawak

Semalam hari Isnin 28 Februari saya sibuk sangat berulang alik menghantar kuih-kuih kami. Sejak hari Jumaat lepas hingga hari Isnin kami telah membekalkan lebih dari seribu kuih Puteri Dua Sebilik, berberapa ratus Tembosa, Karipap Telur dan Sadin. Bila saya balik ke rumah saya dapati ada hamba Allah telah menghantar berberapa potongan kuih Lapis Sarawak yang dibawa pulang dari Sarawak oleh menantu mereka yang telah pulang ke kampung bercuti. Sejak blog ini dibuat ada juga dua tiga orang yang minta saya mengambil gambar kuih-kuih mereka dan meletakanya di dalam blog kami ini. Kuihnya sedap, dan jika Lapis Sarawak lazimnya manis sangat, kuih-kuih yang beraneka perasa yang diberi kepada kami tidaklah terlalu manis.

Untuk peminat kuih Lapis Sarawak...ini dia.