Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Thursday, July 21, 2011

Pasar Ramadhan

KweMwe akan membuka gerai Pasar Ramadhan di Seksyen 5, Kota Damansara. Untuk anda semua yang ingin merasa kuih-muih dan masakan kami saperti laksa dan soto silalah kunjungi gerai kami disana nanti. Ini adalah ulung kali kami menjalankan perniagaan Pasar Ramadhan. Sekiranya anda ingin membuat tempahan sila ke gerai kami diSeksyen 5, Kota Damansara. Kami tidak akan menyediakan servis penghantaran sepanjang bulan Ramadhan baik kepada restoran harian kami atau pun pelenggan yang sering membuat pesanan.

Kami minta maaf banyak-banyak diatas segala kesulitan yang berlaku disebabkan pemberhentian sementara servis penghantaran kami.

Sunday, June 19, 2011

Laksa Orders & Puteri Dua Sebilik

Another busy day, despite my backache. Had to prepare 80 packets of Laksa Johor by lunch time and everything had to rush. Of late our Laksa have been very well received and I do hope to carry this momentum right through to the month of Ramadhan. Constantly improving the servings and packaging. I have included fork and spoon now for packed Laksa to make it easier for buyers to eat immediately from the container that we have provided. Small step really but a big move forward to making our product more customer friendly. Oh yes a napkin was also included in the packaging. Eating Laksa can be a messy business and the napkin provides a more than adequate wipes.

Puteri Dua Sebilik have finally gained recognization after more than a year of relentless marketing and promotions. Orders are picking up and in some restaurants our P2SB have become a staple product in their menu. Not bad for a relative unknown kuih about a year ago.

Monday 20th I am closing shop for a day to attend to my own medical needs. Tuesday or Wednesday will be business as usual, hopefully.

Tuesday, June 7, 2011

Pasar Ramadhan

Puasa and Hari Raya may just be a couple of months away but the activity around the months is clearly heating up. Those in the clothing business are scrambling to get their line of clothing out by now, be the early bird and catch the momentum now as the auspicious months draws nearer. Buyers are beginning to buy now although not frantic yet but still they are buying. Cookies suppliers are in a rush too, perfecting receipe and collecting orders. Those with new products are in the que, food tasting, promotion and more food tasting. Kuih muih business is a never ending process of food tasting, free samples and collecting feedback.

KweMwe is not going to do any restaurants business this year but rather do what we did not do last year. I am going to take on the Pasar Ramadhan. I have a spot which has been offered to me, seriously considering it but I think I should also explore other locations. I am sure I can make it this year. If ever this fasting month is going to be the yardstick in our kuih muih business and if it is as good as I think, Im taking the plunge and move forward even more aggressively. Well........we'll see how it goes yay!

Sunday, June 5, 2011

Laksa Johor

Minggu lepas kami menerima tempahan Laksa Johor untuk satu jamuan seramai 100 orang. Walaupun jumlahnya tidak banyak, kerja-kerja persiapan bahan-bahan laksa memakan masa. Kuah laksa sememangnya sudah dibekukan, berkotak-kotak dalam freezer, hanya perlu di panaskan dan dicairkan sediket. Thats not a problem. Yang lainya tu, perlu dibeli fresh,  togay, timun, limau kasturi, daun-daun and freshly made sambal belacan, pedas siket best.
Biasalah pukul 3.00 pagi dah kena bangun untuk siapkan laksa, kuih puteri dan karipap-karipap goreng. Pack semua and hantar sebelum waktu makan tengah hari. Penat but it was a good day to do business. Im happy!

Saturday, May 14, 2011

Tempahan Kuih Puteri Dua Sebilik Dan Karipap Telur

Semasa hujan lebat pada satu petang saya terpaksa menghantar 100 Kuih Puteri Dua Sebilik dan 100 Karipap Telur ke Ampang untuk tempahan seorang pengemar hidangan ini sebagai sajian selepas makan di satu majlis tahlil. Sudahlah hujan jalan jam teruk pulak tu. Terlambat sediket sampai tetapi masih ada masa sebab saya sampai sebelum maghrib.

Nasi Ayam Murah Dan Sedap.


Nasi Ayam dijamin halal dan bersih. Dibuat khas untuk orang Islam tetapi mengikut resepi orang-orang Cina Hailam, yang merupakan pakar didalam soal masakan hidangan ini. Dua jenis ayam disediakan. Yang gemarkan ayam kukus atau pun goreng, kedua-duanya ada. Kami sedia terima tempahan dan boleh menghantarnya untuk tempahan sepuluh (10) paket keatas dengan kadar penghantaran yang berpatutan. Sila hubungi kami untuk sebutharga. Hidangan ini jika dimakan panas-panas memang best. Mungkin anda semua bertanya apa bezanya nasi ayam ini  dengan yang lain-lainya. Ianya dimasak oleh cook Cina mengikut cara Islam dan untuk tuan punya restoran Islam. Jangan ragu-ragu masakan ini tentunya HALAL. Belum cuba belum tau taww! So...apa lagi!

Saturday, May 7, 2011

Genap Satu Tahun Berniaga

Dalam masa satu tahun berniaga, menjual, menjaja kuih-kuih kami banyak yang telah saya pelajari. Yang payah, yang manis dan yang mengecewakan. Berniaga tidak kira besar atau kecil, susah, derihnya sama. Yang berniaga besar menanggung risiko lebih besar, yang kecil, kecil risikonya. Yang sama didalam sesuatu perniagaan ialah perasaan cemas apabila terpaksa menanggung kerugian, kecil besar sama, kegembiraanya sama dan rasa "sense of achievement" pun sama. Kalau untung, yang berniaga besar lebih untungnya sebab modalnya pun besar. Biasalah kalau kecil untungnya ceput sahaja.

Perasaan kita mencapai sesuatu datangnya dari membuat sesuatu. Ramai yang bercakap, ramai yang membuat tapi separuh jalan. Labu keuntungan tidak akan pecah jika kita tidak memecahkanya. Berniaga perlukan lasak, cekal, berani, tekun, rajin, usaha, wang ringgit dan terpenting sekali ketulusan dan silaturrahim antara kita dengan pelanggan. Janji mesti ditunaikan, hutang mesti dibereskan. Untung rugi itu rezeki. Saya yakin yang baik kita buat mesti dibalas dengan baik jugak. Saya mahu sentiasa memandang kedepan dan hanya sesekali menoleh kebelakang, takut saya terlupa apa-apa pula.

Another year will be another chapter, another story to be foretold. To all my partners in this small venture I want to declare another half yearly dividen....so watch out for another cheque that will be on the way soon. Hahahah......luv it, when I can share! Salam semua.