Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Thursday, July 21, 2011

Pasar Ramadhan

KweMwe akan membuka gerai Pasar Ramadhan di Seksyen 5, Kota Damansara. Untuk anda semua yang ingin merasa kuih-muih dan masakan kami saperti laksa dan soto silalah kunjungi gerai kami disana nanti. Ini adalah ulung kali kami menjalankan perniagaan Pasar Ramadhan. Sekiranya anda ingin membuat tempahan sila ke gerai kami diSeksyen 5, Kota Damansara. Kami tidak akan menyediakan servis penghantaran sepanjang bulan Ramadhan baik kepada restoran harian kami atau pun pelenggan yang sering membuat pesanan.

Kami minta maaf banyak-banyak diatas segala kesulitan yang berlaku disebabkan pemberhentian sementara servis penghantaran kami.

No comments:

Post a Comment