Kuih Muih Melayu
Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.
Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.
KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.
Saturday, May 14, 2011
Nasi Ayam Murah Dan Sedap.
Nasi Ayam dijamin halal dan bersih. Dibuat khas untuk orang Islam tetapi mengikut resepi orang-orang Cina Hailam, yang merupakan pakar didalam soal masakan hidangan ini. Dua jenis ayam disediakan. Yang gemarkan ayam kukus atau pun goreng, kedua-duanya ada. Kami sedia terima tempahan dan boleh menghantarnya untuk tempahan sepuluh (10) paket keatas dengan kadar penghantaran yang berpatutan. Sila hubungi kami untuk sebutharga. Hidangan ini jika dimakan panas-panas memang best. Mungkin anda semua bertanya apa bezanya nasi ayam ini dengan yang lain-lainya. Ianya dimasak oleh cook Cina mengikut cara Islam dan untuk tuan punya restoran Islam. Jangan ragu-ragu masakan ini tentunya HALAL. Belum cuba belum tau taww! So...apa lagi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment