Kuih Muih Melayu
Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.
Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.
KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.
Saturday, May 14, 2011
Tempahan Kuih Puteri Dua Sebilik Dan Karipap Telur
Semasa hujan lebat pada satu petang saya terpaksa menghantar 100 Kuih Puteri Dua Sebilik dan 100 Karipap Telur ke Ampang untuk tempahan seorang pengemar hidangan ini sebagai sajian selepas makan di satu majlis tahlil. Sudahlah hujan jalan jam teruk pulak tu. Terlambat sediket sampai tetapi masih ada masa sebab saya sampai sebelum maghrib.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment