Dr. Yazid - Terima kasih di atas pesanan Doc untuk tempahan pada 28 Feb, 1 Mac dan pagi ini 3 Mac Karipap Telur sebanyak 80 biji. If you want to order more in the future, just give me a tinkle Doc.
Puan Ros - Tempahan Puan untuk 7 Mac 120 biji Kuih Puteri Dua Sebilik dan 2 Balang Kuih Bangkit akan kami hantar ke UPM nanti, insyallah. Rasa dulu Kuih Bangkit kami....sedaap! Puan tahu dimana mau mencari kami. Terima kasih Puan.
Kuih Muih Melayu
Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.
Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.
KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.
No comments:
Post a Comment