Biskut Kenari adalah satu jenis pastri atau cookies yang namanya jarang didengari disebut-sebut orang apa tah lagi merasanya. Biskut ini sedap, rangup (crispy) dalam istilah bahasa Inggeris, tidaklah terlalu manis. Biskut ini ditaburi dengan banyak badam yang garing, dihiris halus dan sebagai inti biskut ini ia meninggalkan perasa "strawberry" setelah kita mengunyahnya. Payah dan jarang boleh diperolehi biskut ini dan ramuanya semua jenis yang istimewa. Kami sedia menerima tempahan buat masa ini dan sekiranya kami kehabisan stok bekalan akan dibuat seminggu selepas kami menerima tempahan. Untuk mencuba...hubungi kami cepat! Siapa cepat dia dapat. Dibawah ini kami sediakan gambar biskut ini.
Pembekalan dibuat dalam 2 bentuk. Dalam botol mengandungi 50 atau lebih ketul atau didalam casing plastik mengandungi 32 ketul. Semua harga ada tercatit didalam Senarai Harga Kuih-kuih kami.
Kuih Muih Melayu
Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.
Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.
KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.
No comments:
Post a Comment