Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Tuesday, March 1, 2011

Kuih Lapis Sarawak

Semalam hari Isnin 28 Februari saya sibuk sangat berulang alik menghantar kuih-kuih kami. Sejak hari Jumaat lepas hingga hari Isnin kami telah membekalkan lebih dari seribu kuih Puteri Dua Sebilik, berberapa ratus Tembosa, Karipap Telur dan Sadin. Bila saya balik ke rumah saya dapati ada hamba Allah telah menghantar berberapa potongan kuih Lapis Sarawak yang dibawa pulang dari Sarawak oleh menantu mereka yang telah pulang ke kampung bercuti. Sejak blog ini dibuat ada juga dua tiga orang yang minta saya mengambil gambar kuih-kuih mereka dan meletakanya di dalam blog kami ini. Kuihnya sedap, dan jika Lapis Sarawak lazimnya manis sangat, kuih-kuih yang beraneka perasa yang diberi kepada kami tidaklah terlalu manis.

Untuk peminat kuih Lapis Sarawak...ini dia.





No comments:

Post a Comment