Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Friday, March 4, 2011

Sebatang Rokok Bukan Sekotak

Sekian lama aku memerhatikan tingkah lakunya dari dalam kereta. Dia maju kehadapan seolah-olah berani tetapi pada saat-saat akhir dia berundur semula kedalam kegelapan senja. Dia berdiri tafakur sejenak memikirkan apa, aku tidak tahu, dan sekali lagi maju hampir kemeja di luar restoran seolah-olah hendak mendapatkan perhatian pelanggan yang duduk makan dimeja hujung itu. Kehadiranya tidak diendahkan dan sekali lagi dia berundur kedalam kegelapan malam berdiri di celah-celah kereta yang berderet di tepi jalan. Berkali-kali dia maju ke hadapan dan berkali-kali dia berundur dengan hampa kerana hasratnya tidak kesampian. Aku keluar dari kereta dan tanpa memandang kearah dia yang berdiri ditepi kereta, aku naik ke restoran dan minta sekotak rokok dan mancis. Sudah lama aku berhenti merokok, lebih dari sepuluh tahun dan aku tidak tahu berapa harga sekotak rokok dan jenama apa yang elok aku beli. Aku ambil saja apa yang tawarkan oleh budak yang menjaga kaunter dalam restoran itu dan bebekalkan rokok dan mancis aku turun tangga ditepi jalan hendak menyerahkan apa yang aku beli kepada warga India yang tidak berbaju dan berseluar pendek yang lusuh tadi. Dia sudah tiada disitu lagi. Hilang tidak kelihatan.

Dalam keadaan cemas aku berpaling ke kiri dan ke kanan mencari dia. Sempat juga, aku ternampak dia sedang berjalan pantas memusing ke simpang di hujung deretan kedai. Aku terus ke kereta yang terletak di seberang jalan hidupkan enjin dan memandu mencari dia. Setelah membuat pusingan di simpangan dan membuat pusingan "U" semula aku bertemu dengan dia. Setelah aku menghampiri dia aku turunkan cermin kereta dan berteriak. Dengan mata yang seolah-olah hairan dia mendekati kereta aku. Aku hulurkan tangan untuk memberi dia rokok dan mancis yang aku beli tadi. Dia memegang rokok dan mancis itu sebentar dan memulangkan balik semuanya. Dia tidak mahu menerima pemberian aku. Sekali lagi aku menyorongkan hadian itu dan begitu juga dia terus menolak pemberian itu. Dia mahukan sebatang rokok dan bukan sekotak. Sekian lama kami berpandangan, dia kemudian menunjukkan empat jari kanan dia. Aku menyelok kocek dan keluarkan 4 ringgit dan menghulurkannya. Duit itu diterima dan dia terus beredar dari tepi kereta aku.

Sehingga kehari ini rokok dan mancis itu ada didalam kereta aku tanpa dibuka. Ianya menjadi ingatan kepada aku yang ada hamba walaupun kita fikirkan kurang siuman tetapi mulia dari kehendak dia. Sebatang bererti sebatang dan tidak sekotak. Empat ringgit yang diperlukan empat ringgit dipinta. Sekadar hajat yang dia mahu dan banyak itulah mencukupi buat dia pada hari itu. Kalau kita macam mana?

No comments:

Post a Comment