Tembosa yang sudah siap digoreng. Selepas sahaja gambar ini diambil kamera saya terus rosak. Hmmm...hari itu lens 18 - 200 rosak kali ini kamera pulak. Adeeeh! |
Kuih Muih Melayu
Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.
Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.
KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.
Tuesday, March 1, 2011
Dr. Yazid...Terima Kasih
Pagi-pagi lagi sudah mengoreng 110 biji Tembosa untuk tempahan Dr. Yazid yang mahu menghidangkan pastri ini untuk jamuan pejabat. Semalam beliau buat tempahan untuk 90 biji kuih Puteri Dua Sebilik dan lusa kami akan mengoreng 110 Karipap Telur untuk beliau jugak. Thanks Doc.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment