Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Sunday, June 5, 2011

Laksa Johor

Minggu lepas kami menerima tempahan Laksa Johor untuk satu jamuan seramai 100 orang. Walaupun jumlahnya tidak banyak, kerja-kerja persiapan bahan-bahan laksa memakan masa. Kuah laksa sememangnya sudah dibekukan, berkotak-kotak dalam freezer, hanya perlu di panaskan dan dicairkan sediket. Thats not a problem. Yang lainya tu, perlu dibeli fresh,  togay, timun, limau kasturi, daun-daun and freshly made sambal belacan, pedas siket best.
Biasalah pukul 3.00 pagi dah kena bangun untuk siapkan laksa, kuih puteri dan karipap-karipap goreng. Pack semua and hantar sebelum waktu makan tengah hari. Penat but it was a good day to do business. Im happy!

No comments:

Post a Comment