Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Saturday, May 7, 2011

Genap Satu Tahun Berniaga

Dalam masa satu tahun berniaga, menjual, menjaja kuih-kuih kami banyak yang telah saya pelajari. Yang payah, yang manis dan yang mengecewakan. Berniaga tidak kira besar atau kecil, susah, derihnya sama. Yang berniaga besar menanggung risiko lebih besar, yang kecil, kecil risikonya. Yang sama didalam sesuatu perniagaan ialah perasaan cemas apabila terpaksa menanggung kerugian, kecil besar sama, kegembiraanya sama dan rasa "sense of achievement" pun sama. Kalau untung, yang berniaga besar lebih untungnya sebab modalnya pun besar. Biasalah kalau kecil untungnya ceput sahaja.

Perasaan kita mencapai sesuatu datangnya dari membuat sesuatu. Ramai yang bercakap, ramai yang membuat tapi separuh jalan. Labu keuntungan tidak akan pecah jika kita tidak memecahkanya. Berniaga perlukan lasak, cekal, berani, tekun, rajin, usaha, wang ringgit dan terpenting sekali ketulusan dan silaturrahim antara kita dengan pelanggan. Janji mesti ditunaikan, hutang mesti dibereskan. Untung rugi itu rezeki. Saya yakin yang baik kita buat mesti dibalas dengan baik jugak. Saya mahu sentiasa memandang kedepan dan hanya sesekali menoleh kebelakang, takut saya terlupa apa-apa pula.

Another year will be another chapter, another story to be foretold. To all my partners in this small venture I want to declare another half yearly dividen....so watch out for another cheque that will be on the way soon. Hahahah......luv it, when I can share! Salam semua.

1 comment:

  1. Ayo Daftar Sekarang, Nikmati Freechip Berlimpah Setiap Hari... Join Disini Banyak Jenis Permainan Taruhan Online Terbaik, Kunjungi Website Kami Di Klik Disini dan Dapatkan Bonus Terbaru 8X 9X 10X win klik disini untuk mendapatkan akun Sabung Ayam anda dan Bonus Berlimpah.
    +

    ReplyDelete