Nama-nama yang diberi oleh orang Sarawak untuk Kek Lapis mereka amat menarik. Yang terbaru saya temui dan juga rasa ialah kek lapis ini, diberi nama Sisik Ikan. Ini mungkin disebabkan bentuk alun susunan kek ni menyerupai lapisan-lapisan sisik ikan. Walaubagaimana pun ini sebenarnya menunjukkan ketelitian pencipta kek ini dan untuk menamakan kek ini dengan nama Sisik Ikan, ianya juga memerlukan pemerhatian alam sekeliling dan haiwan yang berinteraksi dengan mereka dengan dekat dan halus. Segalanya yang berhadapan dengan kita memberi kita ilmu dan tidak kurang juga para penjiwa seni yang menimba ilham dari alam semulajadi. Mereka kuih dan menamakan kuih memerlukan pendekatan sebegini.
Kuih Muih Melayu
Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.
Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.
KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.
No comments:
Post a Comment