Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Monday, April 4, 2011

Pasang Dan Surut

Berniaga kecil-kecilan ibarat air yang pasang dan surut. Waktu pasang kita selalu terasa keseronokan diatas segala usaha kita. Kita bertambah "confident" dan kita mahu kedepan lagi memajukan perniagaan yang kita usahakan. Apa yang saya alami selama hampir 11 bulan menjalankan perniagaan kuih muih, air pasang itu agak seketika dan tidak berpanjangan. Semasa surut terasa amat lama dan panjang. Waktu-waktu sebegini menduga ketahan kita dan sering kita mahu mengaku kalah dan memberhentikan perniagaan kita. Apa guna aku berniaga, untung tak seberapa, penat sahaja yang aku rasai. Hari demi hari membuat tugas yang sama tanpa ternampak apa-apa sinar dihadapan kita. Keesokan hari tidak menjanjikan perniagaan kita. Hari demi hari cubaan dan dugaan sentiasa menghakis tebing ketahan kita untuk meneruskan perniagaan.

Apakah yang boleh membuat kita bertahan. Apakah resepi kekebalan perniagaan. Kalau mudah semua orang boleh buat. Tapi pulak kalau payah sangat kenapa aku mesti buat?

No comments:

Post a Comment