Sekiranya anda peminat Laksa Johor atau pun anda tidak tetapi ingin hendak rasa Laksa Johor yang tulin, datanglah ke KLCC Food Court Tingkat 4, di gerai JM Bariani besok mulai jam 12.00 tengah hari dan hari-hari yang berikutnya selama 2 minggu ini untuk menjamu selera anda dengan hidangan laksa pada kadar harga promosi RM3.00 semangkuk sahaja. Semua orang tahu sewa tapak di KLCC sememangnya mahal tetapi untuk mempromosikan Laksa kami disana harganya ditawarkan serendah mungkin oleh pihak JM Bariani KLCC. Selepas tempoh masa promosi laksa ini akan dijual mengikut harga biasa yang akan ditetapkan oleh tuan punya kiosk disana.
Jika anda dikawasan Puchong atau berdekatan dengan kawasan tersebut, kunjungilah JM Bariani IOI Boulevard, Puchong untuk menjamu selera laksa kami disana. Hanya cawangan di Puchong sahaja (selain KLCC) yang menjual laksa kami.
Soto Johor kami akan menyusul pada minggu depan di KLCC dan di JM Bariani IOI Boulevard, Puchong. Kami akan memberitahu tarikh yang sebenarnya kelak. Datanglah dan rasa dengan harga yang terendah sekali di JM Bariani KLCC.
Kuih Muih Melayu
Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.
Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.
KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment