Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Tuesday, August 30, 2011

Syawal Tiba Bermaaf-maafan Kita

Pada hari lebaran yang mulia ini saya mewakili keluarga KweMwe Enterprise mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SEGALA SALAH DAN SILAP KAMI KEPADA ANDA 
YANG MELANGANI HIDANGAN KAMI
MAAF DAN AMPUN KAMI POHONKAN.

SALAM DAN DOA KAMI KEPADA ANDA SEKELIAN
SEMOGA ANDA SEMUA TERPELIHARA, DIBERI KEMULIAAN HIDUP
DAN SENTIASA DIBERKATI ALLAH.  


Saturday, August 27, 2011

To Fly

Something to break the monotony. Pictures from my lenses during my romp to the outskirts.







Friday, August 26, 2011

Hari Raya Special To My Business Friends

For my two friends who started the KweMwe business with me.........Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Heres something to celebrate your Raya with. My thoughts, my memories and my thanks to the two of you.


Bungkusan Untuk Ibu Kanak-kanak Taska Sudah Siap Dibuat

Walau pun berniaga dipasar Ramadhan sudah berhenti namum kerja-kerja menyiapkan tempahan pelanggan dari rumah tetap berjalan termasuk penyiapan bungkusan kuih raya untuk ibu-ibu taska. Penatnya tak usah cakaplah sebanyak 115 bungkusan terpaksa dibuat, dengan memotonglah, mengikat riben lah, labelling, masukkan dalam plastik semua itu memakan masa yang panjang. Setiap buku kuih Fudge beratnya 1.5kgs, dipotong 3 setiap satu dan perlu diwrapkan dengan shrink wrap. Lepas itu sebalang kecil kuih Bangkit dan kuih Fudge tadi dimasukkan didalam bungkusan plastic yang sudah siap dilabel sebelumnya dan diikat dengan riben sebagai decoration. Macam nak patah tulang belakang....adeeeeeh! semasa membawa turun kotak yang mengandungi bungkusan tu ke kereta. I am glad its over and done with.






Semalam dapat relek siket and petang ini ada jemputan berbuka puasa. Tak tau nak bawak buah tangan apa. Sekejap tadi Puan Linda datang kerumah mengambil Begedil beku yang dia pesan. Sambil-sambil tu dia beli sekali satu balang kenari dengan satu makmur. Terima kasih Puan Linda dan selamat memandu nanti semasa pulang ke Kuantan. Tart Nenas memang dah habis dah.

I am going to out after this to do some look see look see........nak tengok tapak untuk buka kiosk nanti. Maybe a some photos dan buat submission to the hypermarket management. Sambil tu nak tengok baju untuk Raya....have bought nothing for myself except for a pair of new sandal.




A Happy Feet is a Healthy Feet huh!.... Time to go jalan-jalan and break-in my new pair of sandal. Memory Cushion  ye....ok lets see, time to sizzle! See ya folks!

Wednesday, August 24, 2011

What Happen Tonight

Malam ini sekejap lagi Fudge Fruit Cake yang saya tempah sebanyak 45 biji akan sampai. Petang tadi saya pergi mengambil 115 balang Kuih Bangkit. Semua ini akan dijadikan hamper Hari Raya untuk diagih-agihkan kepada mak kanak-kanak. So besok balik semula b.....zzzy menyiapkan hamper pulak. Tambah pulak dengan 20 kotak Soto, 10 kotak Laksa, 90 Puteri, 10 Tembosa dan 10 Tepung Bawang bergoreng yang telah ditempah. Walaupun tak menjual dibazar Ramadhan kami tetap sibuk dirumah menyiapkan tempahan. This the the life of a cake seller and I am one.....:-).
Fudge Fruit Cake yang saya oder dah sampai tadi pukul 11.30 malam.  Jenuh menggankut naik tangga ke Tingkat 1. Bayangkanlah satu kek seberat 1.5kgs x 45 ketul....berpeluh jugaklah mengangkat. At midnight mandi sekali lagi.....now dah segar. Kena secawan nescafe black sah lambat tidur......huhuhu!

Semua perencah untuk Soto dan Laksa sudah siap diplastikkan. Besok cuma siapkan kuahnya aje...kuah Soto dah buat fresh besok pagi panaskan. I'll get some photos of the Fudge Fruit Cake tomorrow and post again. Oh that remind me, got to get some shrink wrap to balut the cake. First thing tomorrow then.

Tu aje lah nampaknya. Nak main my FB game kejap...Mafia Wars, sambil-sambil tu nak intai tengok Just For Laugh on Youtube. Remember to smile always.....cos the whole world shall then smile with you. In my case I just laugh out loud.....hahahahaha!

Nite everyone.

Tuesday, August 23, 2011

Hari Terakhir Pasar Ramadhan - Hari keDua Puluh Dua

Kalau dulunya saya tinggalkan kemah dan meja ditapak gerai Pasar Ramadhan diSeksyen 5 setelah habis berniaga dan merantaikanya, semalam saya kemaskan semua dan membawanya pulang. Hari terakhir berniaga berlalu saperti hari-hari biasa, no fanfare, no brass band no last hoorah. Saya bersalaman dengan Imah, tuan gerai sebelah saya yang menjual lauk pauk dan perkerja dia, ucapkan terima kasih diatas segala bantuan yang mereka beri bila saya perlu memasang kemah, minta maaf, ucapkan selamat Berbuka Puasa dan Selamat Hari Raya.

Tidak ada pengalaman pahit yang saya bawa pulang sepanjang saya berniaga Pasar Ramadhan malahan yang saya bawa pulang seharian hinggalah ke hari terakhir berniaga adalah ingatan yang manis sahaja. Terima kasih saya kepada pihak yang berkuasa MPPJ yang telah memberi saya lesen dan bantuan semasa saya menjaja. Ramai pelanggan terkejut apabila saya katakan yang semalam merupakan hari terakhir saya berniaga. Mereka ucapkan terima kasih diatas hidangan juadah yang kami jual, bertanya kemana kami akan pergi selepas ini dan apa rancangan kami, macam mana mereka boleh membuat tempahan kuih muih kami. Ada yang memborong kesemua kuih Lopis kami apabila mendengar yang semalam adalah hari terakhir, ada yang membeli Lepat Pisang lebih untuk dibekukan dan dimakan pada lain hari, ada yang membuat tempahan Laksa dan Soto untuk hari Rabu dan seterusnya. I met some of the nicest people who came regularly to buy as far away from Bukit Jelutong and Puchong. I thank each and every one of you. It is tiring work to be a seller at the Pasar Ramadhan but having met all these nice people and being able to serve them the best that we could give is a very satisfying and gratifying feeling indeed. It made all the difficulties and tiredness small in comparison to the feeling of achievement. It is a boost that I need to bring the business up to the next level.

At the end of it all, we made some profit after 3 weeks, alhamdullillah syukur kepada Allah diatas rezekinya. More importantly we now have a mesuring stick as to where we belong in our kuih muih business, the level of customer that we shall be catering for, the nische that we will fit into and the level of acceptance of the kuih that we offer. Pasar Ramadhan have been a good test bed in our marketing planning and we now have our sights on bigger and bolder steps moving forward.

This is not the end it is merely the beginning. Do come back to checkout on how we are doing from time to time. To All the Muslim readers Selamat Berpuasa dan selamat menyambut Aidil Fitri yang akan menjelma tidak lama lagi.

Sunday, August 21, 2011

21st Day

Sibuk update blog ini tadi terlupa Lopis and Lepat Pisang tengah dikukus. Cabut kejap tadi angkat and tutupkan api. Biar dia sejuk siket before campurkan kelapa pada Lopis. Got to do work now will come back later.

Sale semalam agak slow. Selalunya hari Sabtu dan Ahad memang agak slow disebabkan semua orang cuti hujung minggu dan masa cutilah hari untuk mereka pergi membeli belah, berbuka puasa di restoran atau masa kelapangan itu digunakan untuk memasak sendiri dirumah. Jika anda semua ingin membuka Pasar Ramadhan tahun depan anda mungkin mahu mengambil kira perkara ini. Walau bagaimana pun jualan Laksa 20 paket dan Soto 20 paket semuanya habis. Tinggal hanyalah berberapa ketul karipap.

Setiap hujung minggu  saya perhatikan ada seorang wanita dengan anak perempuan dia akan datang kegerai kami dan membeli bermacam-macam jenis kuih termasuk Laksa dan Soto. Bila ditanya semalam rupanya wanita itu tinggal diBukit Jelutong, jauh dari Kota Damansara. Kadang-kadang kalau saya terlambat buka gerai dia akan call dan bertanya samada saya berniaga atau tidak. Salah sorang peminat setia kuih muih kami yang datang dari jauh untuk membeli.

Saya memberitahu semua pelanggan yang datang membeli semalam bahawa hari Isnin ini merupakan hari terakhir kami berniaga. Mulai hari Selasa KweMwe akan tutup gerai hingglah ke hari kesepuluh selepas Raya kami akan menjalankan perniagaan saperti biasa. So ada warga emas ini yang setelah membeli dan diberitahu tentang penutupan ke esokan harinya dia pun berkata "Oh you tutup ke. Oklah Selamat Hari Raya.......kuih awak memang sedaaaaaaap!" sambil mengangkat ibu jari kanan menandakan approval. Huhuhuhu.....teruja tuuu! Thanks lah abang! Selamat Berhari Raya kepada abang dan keluarga.

Saya rasa Yasir duduk diKota Damansara sebab semalam anak saya nampak dia dengan isteri dan anak diSeksyen 5. Dengar cerita even Roshyam Noor pun duduk diKota Damansara...hmmmm!

Last but not least besok KweMwe Enterprise tidak berniaga lagi di Seksyen 5. Kami tutup. Kepada anda yang ingin membeli silalah buat tempahan melalui talipon bimbit saya sehari sebelum tarikh anda menghendaki tempahan itu. So sehingga disini dulu.....kita sambung dilain hari. Oh by the way cara abang tu buat tanda menunjukkan approval dia untuk kuih muih kami ini dia dibawah ini.....caranya....

Haaa..macam nilah abang tu buat......have a nice day everyone!