Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Sunday, February 27, 2011

Begedil Daging Cicah Dengan Sos Pun Sedap




Begedil Daging dalam gambar ini dibuat untuk dicampurkan dalam hidangan Soto Johor. Setiap mangkuk Soto mengandungi satu atau dua ketul Begedil ini. Ada juga pengemar Begedil yang suka makannya begitu saja. Digoreng panas-panas dan ratahnya dengan sos cili atau sos kicap yang kami reka sendiri. Begedil ini dijual beku dan anda boleh mengorengnya sendiri atau mengunakan "micro wave oven" untuk memanaskanya. Satu paket mengandungi 10 ketul Begedil yang istimewa ini...daging dicampurkan dengan kentang dan sayuran, telur.  Lihat senarai harga kami untuk membuat pesanan. Selamat mencuba kepada anda semua.


Begedil yang sudah dibekukan.


No comments:

Post a Comment