Kuih Muih Melayu

Kuih Melayu asli memang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Resepi berzaman mempunyai tarikanya tersendiri dan sepatutnya tidak dibenarkan pupus begitu sahaja. Ianya harus dihidupkan semula dengan membuatnya mengikut cara orang-orang dahulu, setakat mana yang boleh kita ikuti. Kalau dahulunya nenek moyang kita mengunakan arang dan bara dari sabut kelapa sekarang ini kita sudah ada ketuhar (oven), microwave dan electric frier.

Mungkin cara memasaknya berubah mengikut keadaan semasa tetapi resepi, bentuk, penyediaan kuih berzaman ini tidak berubah. Generasi muda seharusnya diberitahu resepi asal kuih muih orang-orang Melayu kita supaya ianya tidak tenggelam dimamah zaman yang tidak kurang dengan kecanggihan kuih-muihnya.

KweMwe Enterprise mengekalkan resepi berzaman dan pada sesiapa yang ingin mencuba hubungilah kami.


Saturday, February 12, 2011

Lopis Hidangan Asli Melayu


Kebanyakan kuih-kuih Melayu asli zaman dahulu mengunakan daun pisang sebagai pembalut oleh kerana pokok pisang  ditanam merata-rata dikampung-kampung orang Melayu. Lopis yang dibalut erat dengan daun pisang dibekukan dan hanya perlu dikukus semula sebelum dihidangkan. Dibekalkan siap dengan air gula melaka dan kelapa parut Lopis kuih yang sedap dan sesuai untuk hidangan kepada tetamu.


Setelah pembalut daun pisang dibuka Lopis dicampurkan dengan kelapa parut dan dicurahkan air gula melaka dan....nah lihat! Lopis menyelerakan dan terserlah keaslianya


Walaupun Lopis merupakan satu resipi Melayu lama ia masih unik dan menyegarkan untuk santapan diwaktu kita bersantai


Senarai Harga Pemborong

Sekiranya anda seorang pengusaha restoran atau kiosk kuih muih dan berminat untuk mendapatkan harga jualan borong kami, sila hantarkan email untuk mendapatkan senarai harga istimewa kami. Segala pertanyaan akan dilayan secepat mungkin. Terima kasih kerana melawat laman blog ini.

Tuesday, February 8, 2011

Kuih Puteri Dua Sebilik


Kuih Puteri Dua Sebilik memang sedap dan secukup rasa. Makan satu nak lagi 5...betul! Kalau tak percaya cuba try....:-) Untuk tempahan sila lihat posting senarai harga dalam blog ini.


Santapan DiRaja.....:-)


Cara packing kuih puteri untuk penghantaran






Setelah dibuka balutan daun pisang ini rupanya kuih Puteri Dua Sebilik. Bersih dan nampak menarik. Sedap bila dimakan
    

Dari sudut yang lain....puterinya berwarna merah jambu dgn hijau pucuk pisang...comel!


Karipap Telur dan Karipap Sadin




Satu lagi hidangan kami ialah Karipap Telur dan Karipap Sadin. Lain dari yang lain, pastri ini merupakan hidangan tradisi negri Johor untuk dihidang diwaktu sarapan pagi atau minum teh petang. Dalam keadaan beku anda boleh mengorengnya sendiri pada bila-bila masa, terutama sekali bila ada tetamu datang dan anda terpaksa menyediakan sesuatu. Senang sahaja, bukak satu paket dan goreng. Enak, sedap dan pasti menyelerakan. Karipap Telur intinya telur dan sayuran dicampur dengan perencahnya. Karipap Sadin mengandungi sadin dan kentang serta juga perencahnya tersendiri. Kedua-duanya berbentuk bulan sabit (half moon). 
 


Karipap Telur, Sadin dan Tepung Bawang semuanya sama serupa berbentuk Bulan Sabit. Yang berbeza hanya intinya. Ini dia Karipap Sadin setelah digoreng
 Inti Karipap Sadin mengandungi campuran kentang dengan sadin. Tidak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. Begitu juga dengan Karipap Telur amat sesuai untuk kanak-kanak juga.



Pulut Gugus



Pulut Gugus dibungkus dengan cara tersendiri mengikut bungkusan tradisi turun temurun. Diperbuat dari pulut yang dikukus bersama dengan santan kelapa yang ditanggung bersih, bermutu dan halal. Intinya bukan kelapa tetapi mengunakan bahan yang istimewa saperti ikan, udang, dsbnya. Tidak dapat dalam pasaran melainkan dari kami sahaja. Dibekalkan dalam bentuk beku atau berkukus siap untuk dimakan.


Laksa Johor


Ini dia kuah Laksa Johor kami yang paling istimewa diperbuat dengan ikan parang semata-mata tidak bercampur dengan lain jenis ikan. Pasti bermutu, pasti sedap dan dijamin halal. Satu paket seberat lebih kurang 1 kilo boleh menghidangkan diantara 10 hingga 15 pinggan. Dalam keadaan beku dan pekat, anda mesti campurkan lebih kurang dua cawan air. Laksa Johor paling senang disediakan, anda perlu hanya membeli spaghetti, daun kesum, daun selasih, togay, timun, jeruk cepo atau lobak asin, limau kasturi, sadiket bawang merah dan tumbukkan sadiket sambal belacan biar cair sediket. Makan panas-panas....peeeh! Cubalah jangan tak cuba.


Dari sudut yang lain paket Laksa Johor kami.


Spaghetti yang sudah dicelur dicap seberat lebih kurang 150 gram setiap satu. Pada masa-masa dahulu orang Melayu kita mengunakan sejenis daun yang dipanggil Daun Laksa atau nama asalnya Daun Sesibu untuk dijadikan lapik untuk setiap lapisan laksa yang sudah dicap. Kalau dulunya beras yang diuli dan diisikan didalam sejenis alat tembaga yang ditekan saperti mesin "press" untuk membuat laksa kini sekarang pengunaan spaghetti lebih popular.


Gambar di atas menunjukkan semua jenis ramuan yang diperlukan untuk menyediakan Laksa Johor.



"Close up" ramuan-ramuan



Kuah, spaghetti dan semua ramuan-ramuan bertemu di dalam mangkuk ini yang bernama Laksa Johor.


Laksa Johor paling sedap dimakan dengan menggunakan tangan. Tidak perlu kuah yang banyak hanya secukup citarasa. Gaul semua dan makan. Sekiranya kuah dan daun-daun yang sudah dimayang melekat pada jari anda semasa makan, mudah saja jilat saja setiap jari. Itu dia orang dulu-dulu punya rahsia "finger licking good" Kalau berminat hendak mencuba sila buat tempahan. Laksa Johor dibuat secara asli mengikut tradisi cara membuatnya memang lazat. Kami jamin kuah laksa kami segar, bersih, halal dan berkualiti.




Tembosa Hidangan Istimewa


Tembosa dalam keadaan beku boleh tahan disimpan sampai 3 bulan tanpa rosak. Satu paket mengandungi 10 ketul.  Kalau anda belum mencuba cubalah sekarang, dijamin bersih, halal, bermutu oleh kerana kami mementingkan kualiti dari kuantiti. Intinya kentang dan DAGING kurang lemak. Berbentuk bulat.


Tembosa intinya mengandungi kentang, daging dan perencah lain-lain. Diklim (lipatan keliling pastri) dengan tangan tanpa mengunakan mesin. Ianya dibekukan dengan suhu yang rendah, keras dan tahan disimpan didalam freezer selama kurang-kurangnya 3 bulan. Boleh digoreng terus bila keluar dari freezer mengunakan api yang rendah supaya pastrinya molek garing dan lembut.

Tembosa sesudah digoreng kulit luarnya akan menjadi garing tetapi rapuh.





Inti Tembosa mengandungi daging dan kentang yang digaul dengan perencahnya. Semasa digoreng pastri Tembosa naik gelembong.





Sebelum mengambil gambar Tembosa saya gigit dahulu dan makan